awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Negeri Sembilan akan laksana kajian keselamatan saluran paip gas

Bernama
Bernama
08/04/2025
10:00 MYT
Negeri Sembilan akan laksana kajian keselamatan saluran paip gas
Aminuddin turut menzahirkan rasa simpati dengan insiden kebakaran yang berlaku di Putra Height, Subang Jaya, Selangor baru-baru ini. - Gambar fail
SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan akan mengadakan pertemuan dengan Gas Malaysia dan Petronas bagi memulakan kajian keselamatan mengenai kedudukan saluran paip gas yang terdapat di negeri itu.
Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata perbincangan awal dengan Jabatan Kerja Raya semalam, terdapat dua saluran paip utama di negeri ini di bawah kendalian dua syarikat berkenaan.
"Setakat hari ini belum ada kata putus lagi sebab masing-masing (Petronas dan Gas Malaysia) sedang menumpukan apa yang berlaku di Selangor, jadi (kajian keselamatan) di negeri ini akan kita maklumkan kemudian.
"Kajian tersebut bukan hanya babitkan aspek keselamatan paip gas sahaja tetapi turut mengambil kira laluan utiliti lain seperti paip saliran, kabel telekomunikasi serta saluran paip air yang akan diberikan perhatian," katanya kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat Pentadbiran Daerah Seremban di sini hari ini.
Dalam pada itu, Aminuddin turut menzahirkan rasa simpati dengan insiden kebakaran yang berlaku di Putra Height, Subang Jaya, Selangor baru-baru ini dan berharap penyelesaian terbaik buat mangsa terlibat.
Beliau berkata kerajaan negeri melalui agensinya serta badan bukan kerajaan (NGO) turut menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada mangsa bagi meringankan beban.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kerajaan Negeri Sembilan
#kajian keselamatan
#saluran paip gas
#Aminuddin Harun
#Gas Malaysia
#Petronas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan