KUALA LUMPUR: Negeri Sembilan, Melaka dan Perlis tersenarai oleh Jabatan Perancangan dan Desa (PLANMalaysia) sebagai negeri 'Bahagia', apabila kesemua daerahnya mendapat skor melebihi 80 peratus dalam Indeks Kebahagiaan 2021 bagi bandar di Malaysia.
PLANMalaysia itu menyenaraikan 80 daripada 114 pihak berkuasa tempatan (PBT) di Semenanjung Malaysia dan Sabah, mencapai skor melebihi 80 peratus (Bahagia) mengambil kira aspek yang berkaitan dengan tahap dan kualiti perkhidmatan PBT, seperti penjagaan kebersihan persekitaran, pengurusan pepejal dan kutipan sampah.
Di NEGERI SEMBILAN, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan (SUK) Datuk Dr Razali Ab Malik berkata pembangunan setiap bandar di negeri itu, berdasarkan kekuatan dan keupayaan masing-masing, berpaksikan tiga teras pembangunan menerusi Rancangan Struktur Negeri Sembilan 2045.
"Tiga teras itu adalah daerah Seremban dan Port Dickson sebagai pembangunan 'Malaysia Vision Valley 2.0' iaitu bandar metropolis yang berdaya saing inklusif dan bersih.
"Kuala Pilah, Tampin, Rembau dan Jempol, sebagai pembangunan agropolis yang menerapkan elemen pertanian, serta Jelebu sebagai pembangunan biodiversiti yang menerapkan pemeliharaan sumber semula jadi," katanya kepada Bernama.
Mengulas lanjut, Razali berkata terdapat enam indikator utama, dinilai di bawah dimensi komuniti sejahtera berkaitan prasarana bagi mencapai indeks Bandar Bahagia, iaitu peratusan liputan kediaman dalam lingkungan 400 meter dari kemudahan masyarakat, kadar liputan jalur lebar, pengurangan gangguan bekalan elektrik, pengurangan kes gangguan bekalan air, bilangan terminal dan stesen pengangkutan awam, serta peratusan kediaman mendapat perkhidmatan pembetungan.
Beliau berkata kelebihan negeri itu dapat dilihat, melalui penetapan peranan dan fungsi setiap bandar seperti Seremban yang berperanan pusat pentadbiran negeri, Port Dickson sebagai bandar pelancongan dan Kuala Pilah adalah pusat warisan dan kebudayaan.
Katanya, sejajar dengan matlamat menuju negeri sejahtera, inklusif dan mampan menjelang 2045, kerajaan negeri juga akan terus memberi penekanan dan penambahbaikan aspek kesihatan, bagi memastikan akses terhadap penjagaan kesihatan, menangani kemiskinan secara menyeluruh, mempertingkatkan bekalan rumah mampu milik berkualiti, mempergiat aktiviti ekonomi, menggalakkan gaya hidup aktif dalam kalangan rakyat.
Tujuh daerah di Negeri Sembilan yang mempunyai 1.2 juta penduduk mencatatkan skor penuh, dengan Tampin dinobatkan antara 10 Bandar Paling Bahagia Malaysia dengan pencapaian skor tertinggi 99.5 peratus, diikuti Jelebu (97.85 peratus), Jempol (89.07 peratus), Kuala Pilah (88.39 peratus), Port Dickson (85.76 peratus), Seremban (83.60 peratus), dan Rembau (81.91 peratus).
Di MELAKA, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) yang mencapai skor 91.97 peratus, mengatur pelbagai strategi di samping mempertingkatkan kualiti penyampaian dan perkhidmatan kepada masyarakat, bagi memastikan negeri itu terus mencapai status Bahagia.
Datuk Bandar MBMB Datuk Zainal Abu berkata ia merangkumi perkhidmatan di bawah pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT) itu, antaranya menyediakan infrastruktur, mengambil tindakan segera sekiranya berlaku masalah atau aduan, di samping melaksanakan pengindahan kawasan sekitar.
"Antara perkara dilakukan adalah seperti pemasangan lampu di kawasan gelap, membaiki kerosakan jalan, pembersihan, penyelenggaraan sistem perparitan dan sebagainya bagi memastikan keselamatan, keselesaaan dan kesejahteraan penduduk.
"Kita juga memperkenalkan pelbagai inisiatif, antaranya membangunkan sistem SPiKTRA - M bagi tujuan penyuraian trafik dan kelancaran lalu lintas, dengan menggunakan algoritma Kecerdasan Buatan (AI) yang berupaya menghasilkan Sistem Lampu Hijau Bersepadu, dengan penjimatan masa sehingga 300 peratus," katanya.
Zainal berkata langkah itu juga sebagai permulaan ke arah menjadikan Bandaraya Melaka sebagai bandar pintar, dan perkhidmatan yang diberikan MBMB itu secara tidak langsung memudah dan melancarkan urusan seharian penduduk di negeri itu.
Dalam indeks tersebut, selain MBMB, tiga PBT lagi turut mencatatkan skor tertinggi iaitu Majlis Perbandaran Alor Gajah(98.17), Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (89.40) dan Majlis Perbandaran Jasin (85.48).
Di PERLIS pula Exco Pembangunan Pusat Pertumbuhan Baru Asmaiza Ahmad menyifatkan kemudahan dan prasarana yang terdapat di negeri itu dengan penduduk lebih 254.7 ribu, setara dengan negeri lain.
"Selain itu, cadangan projek 'Perlis Inland Port' (PIP) turut memberi nafas baharu kepada Perlis dalam menyokong pembangunan lain di sekitarnya," katanya sambil memberitahu Perlis di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kangarm mencatatkan skor status Indeks Kebahagiaan 80.02 peratus.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 02 2022
Di Melaka, MBMB yang mencapai skor 91.97 peratus, mengatur pelbagai strategi di samping mempertingkatkan kualiti penyampaian dan perkhidmatan kepada masyarakat. - Foto fail
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
Trauma menyebabkan masih ramai pilih hidup membujang - Pakar
Ketika ramai anak muda memilih menamatkan zaman bujang, tidak kurang juga sebilangan besar golongan itu yang memilih untuk bersendirian.
Jangan harapkan pasangan 'perfect', terima seadanya pasti bahagia
Melalui perkongsian Ustaz Datuk Kazim Elias, ada empat perkara yang boleh mengganggu gugat kebahagiaan sesebuah perkahwinan.
Rakyat Malaysia pada tahap 'Bahagia' - Laporan MHI
Indeks Kebahagiaan Rakyat Malaysia (MHI) pada 2021 berada pada tahap Bahagia apabila mencatatkan skor 6.48, kata Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.
Perlis, Negeri Sembilan dan Melaka bandar paling bahagia di Malaysia pada 2021
ketiga-tiga negeri tersebut mencatatkan skor penuh Bahagia dalam Kajian Indeks Kebahagiaan 2021 iaitu melebihi 80 peratus.
Malaysia negara ke-35 paling bahagia di dunia
Malaysia berada di kedudukan ke-35 dalam senarai negara paling bahagia di dunia.
Siti Saleha tak tolak ada anak dalam masa terdekat
Siti Saleha mengakui dirinya tidak menolak untuk mempunyai zuriat dalam masa terdekat ini setelah hampir lapan bulan mendirikan rumah tangga.
Bolehkah wang membeli kebahagiaan? #BringingHumanityBack
Benarkah wang boleh membeli kebahagiaan? Jika tidak untuk anda, cuba eksperimen sosial ini. Cuba bantu orang lain dengan wang anda & lihat reaksi penerima itu.