awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Negeri Sembilan sasar 8 juta pengunjung tahun depan

Bernama
Bernama
27/03/2021
20:46 MYT
Negeri Sembilan sasar 8 juta pengunjung tahun depan
Port Dickson mempunyai tarikan tersendiri dengan 11 pantai dan yang terbaru adalah Taman Tema Air Ehsan seluas lebih 2.02 hektar. - Gambar fail
PORT DICKSON: Kerajaan Negeri Sembilan optimis mampu mengembalikan kunjungan lapan juta pelancong tahun depan setelah negara beransur pulih daripada ancaman pandemik COVID-19.
Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun berkata daripada jumlah itu, 70 peratus dijangka berkunjung ke Port Dickson berdasarkan jumlah pelancong yang pernah dicapai pada 2019.
"Selepas COVID-19 ini, kita telah bersedia dengan produk baharu yang pastinya akan menjadikan Port Dickson sebagai tarikan utama.
"Sektor pelancongan sudah terkesan sejak 2020 dan pada tahun ini juga, negara masih berdepan cabaran ancaman pandemik itu tetapi kita lihat keadaan kini semakin pulih," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Taman Tema Air Ehsan di sini semalam.
Beliau berkata Port Dickson mempunyai tarikan tersendiri dengan 11 pantai dan yang terbaru adalah Taman Tema Air Ehsan seluas lebih 2.02 hektar.
Aminuddin juga berkata dalam mempromosikan pelancongan di negeri itu, tumpuan kerajaan negeri tidak hanya terarah kepada satu kawasan sebaliknya melibatkan daerah lain yang mempunyai keunikan tersendiri.
Beliau merujuk Kuala Pilah sebagai contoh kerana daerah itu memiliki budaya dan warisan yang unik selain terkenal dengan masakan Negeri Sembilan.
"Daerah Jelebu pula, kita sedang tumpu kepada kawasan yang memiliki ekopelancongan manakala di Jempol dan Rembau, kerajaan negeri sedang merancang menaik taraf kawasan di sekitar Gunung Datok yang merupakan antara tarikan pelancongan di sini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Menteri Besar
#Negeri Sembilan
#pelancongan
#COVID-19
#lapan juta pelancong
#Aminuddin Harun
#Port Dickson
#tarikan utama
#produk baharu
#cabaran
#Kuala Pilah
#Jelebu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan