KOTA BHARU: Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan memberi keutamaan kepada negeri-negeri yang menawarkan tanah di lokasi strategik secara percuma atau mengenakan premium nominal untuk melaksanakan Projek Perumahan Rakyat (PPR).
Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata langkah itu diambil supaya kerajaan dapat mengoptimumkan peruntukan untuk membina rumah dan bukan membayar kos tanah.
"Kerajaan Persekutuan dan KPKT selalu berlaku adil, mana-mana negeri yang sanggup menawarkan tanah percuma atau kutip premium tanah nominal akan diberi keutamaan kerana kita nak optimumkan peruntukan untuk bina rumah bukan bayar kos tanah.
"Ini kerana mengikut pengalaman dahulu, 30 hingga 35 peratus kos PPR hanya untuk bayar premium kos tanah maka kualiti rumah dibina kurang sikit.
"Kerana itu kita mengalu-alukan mana-mana kerajaan negeri yang sanggup berikan tanah percuma akan diberikan keutamaan, saya harap Kelantan juga akan menunjukkan komitmen bersama kerajaan Persekutuan untuk menjayakan misi ini," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian Pasar Tok Kenali di Binjai yang turut dihadiri Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob, di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Nga berkata kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM387 juta untuk program perumahan rakyat tahun ini.
"Kita amat berterima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana selain RM387 juta ada lagi RM385 juta diperuntukkan untuk rumah mesra rakyat ini menjadikan lebih RM700 juta peruntukan untuk program perumahan tahun ini.
"Kita akan giatkan supaya impian KPKT satu keluarga satu rumah dicapai," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 19 2023

Nga berkata langkah itu diambil supaya kerajaan dapat mengoptimumkan peruntukan untuk membina rumah dan bukan membayar kos tanah. - Gambar fail

AWANI Ringkas: Tarikh Aidilfitri: Jakim ingatkan jangan buat andaian
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PKBM terima laporan gangguan seksual atlet berbasikal wanita
Presiden PKBM Datuk Abu Samah Abd Wahab, mengesahkan telah menerima laporan berhubung kes gangguan seksual membabitkan seorang pelumba wanita negara, bagi acara MTB.

AWANI Ringkas: Ab Rauf angkat sumpah Ketua Menteri Melaka
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Rapid Rail giat usaha atasi gangguan perkhidmatan rel
Siasatan mendapati bahawa ia tidak berpunca daripada kegagalan keseluruhan sistem tetapi hanya melibatkan beberapa subkomponen tertentu.

Petugas kontrak: KKM belum tetapkan garis masa, perlu pinda Akta Pencen - Lukanisman
Inisiatif itu memerlukan pindaan berkaitan Akta Pencen 1980 dilakukan dan perbincangan bersama JPA masih diadakan.

Pharmaniaga beri jaminan bekalan ubat tidak terjejas - Dr Zaliha
Pharmaniaga Bhd telah memberi jaminan untuk membekal lebih daripada 700 produk ubat dan bukan ubat kepada semua fasiliti Kementerian Kesihatan (KKM) selain akan terus kukuh dan berdaya saing.

Ahmad Zahid harap pelantikan Ab Rauf bawa perubahan kepada Melaka
Ahmad Zahid berharap pelantikan Ab Rauf sebagai Ketua Menteri Melaka akan membawa perubahan kepada negeri itu terutama potensi untuk menarik pelabur.

Di sebalik laungan suara indah dari Masjidil Haram
Pembesar suara di Masjidil Haram diperkenalkan buat pertama kali pada tahun 1947 semasa pemerintahan Raja Abdulaziz.

Penjawat awam Selangor terima bantuan khas Aidilfitri sebulan gaji
Datuk Seri Amirudin Shari mengumumkan anggota perkhidmatan kerajaan negeri itu, akan menerima bantuan khas kewangan sempena Hari Raya Aidilfitri sebanyak satu bulan gaji atau minimum RM1,000.

Kes VLN Zahid: Pengurusan kes selanjutnya rayuan pihak pendakwaan pada 12 Mei
Mahkamah Rayuan menetapkan 12 Mei bagi pengurusan kes selanjutnya rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi daripada 40 pertuduhan rasuah berhubung Sistem VLN

Malaysia berkempen jadi Ahli Lembaga Eksekutif UN - Habitat
Malaysia berkempen untuk menjadi ahli Lembaga Eksekutif UN-Habitat pada Forum Pembangunan Lestari Asia Pasifik (APFSD) ke-10 yang diadakan di Bangkok.

Semua projek rumah mampu milik baharu akan jalani ujian dan analisis - Nga
Semua projek perumahan mampu milik baharu di Malaysia akan menjalani ujian dan analisis bagi menyediakan rumah yang selesa didiami oleh golongan B40 dan M40.

Malaysia mahu anggotai Lembaga Eksekutif UN-Habitat
Malaysia berhasrat menganggotai Lembaga Eksekutif Program Penempatan Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (UN-Habitat) bagi mewakili rantau Asia Pasifik.

Malaysia pemain global yang serius dalam capai matlamat SDG - Nga Kor Ming
Rangka kerja institusi telah ditetapkan dalam memastikan penyertaan inklusif yang melibatkan semua pihak berkepentingan.

Tindakan tegas terhadap pihak sokong LGBT - Nga Kor Ming
Kerajaan tidak akan sesekali menyokong sebarang penganjuran program lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di dalam negara ini.

'Kemuka aduan di tribunal jika timbul isu dengan pemaju' - Nga Kor Ming
Mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan kualiti pembinaan rumah mereka disaran mengambil tindakan undang-undang terhadap pemaju melalui Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah.

Negeri tawar tanah percuma diberi keutamaan bina PPR
KPKT akan memberi keutamaan kepada negeri-negeri yang menawarkan tanah di lokasi strategik secara percuma atau mengenakan premium nominal untuk melaksanakan Projek Perumahan Rakyat (PPR).

KPKT belanja RM50 juta tukar lif usang, daif di PPR
Langkah tersebut diambil supaya PPR terlibat lebih berdaya huni dan demi keselesaan penduduknya.

Kerajaan cadang wujud ambulans udara menjelang akhir tahun ini
Perkhidmatan ambulans udara, antara lain, adalah bagi usaha menyelamat mangsa di kawasan pedalaman dan kes kemalangan jalan raya di lebuh raya.

Semua projek baharu di bawah KPKT wajib ada kajian kebolehlaksanaan
Kajian kebolehlakasanaan secara berkecuali penting supaya semua projek baharu yang bakal dilaksanakan menepati kriteria.