Persatuan Nelayan Kedah (Nekad) terpaksa mengambil langkah mengimport kira-kira 10 tan hasil laut sejuk beku bagi menampung kekurangan bekalan akibat cuaca panas akhir-akhir ini.
Pengerusi Nekad Ahmad Rudin Hussin berkata langkah itu terpaksa diambil memandangkan hasil tangkapan yang semakin merosot sehingga 50 peratus akibat keadaan cuaca pada masa ini.
Beliau berkata, keputusan untuk mengimport hasil laut itu adalah hasil mesyuarat persatuan berkenaan semalam dan dijangka akan dimulakan dalam akhir bulan ini, sekiranya keadaan cuaca panas masih berterusan.
Bagaimanapun beliau berkata, pihaknya terpaksa memilih untuk mengimport hasil laut daripada negara-negara yang mempunyai nilai mata wang yang rendah seperti India, Bangladesh, Indonesia memandangkan nilai ringgit Malaysia yang agak merosot.
Bekalan hasil laut yang meliputi ikan selar, selayang, sardin, bawal, udang serta dijangka mampu memenuhi keperluan dalam tempoh Februari hingga Mac ini, bergantung kepada keadaan cuaca, katanya.
Beliau berkata, keadaan cuaca panas dialami sekarang turut menyebabkan harga ikan melambung naik seperti ikan termenung yang naik daripada RM7 sekilogram kepada RM14 sekilogram.
"Apabila cuaca panas, air laut pun panas, maka ikan-ikan banyak lari ke tengah laut ingin mencari tempat sejuk, dan amatlah bahaya untuk para nelayan turun ke tengah laut dalam keadaan seperti ini," katanya kepada Bernama.
Sementara itu, Pengarah Meterologi Kedah Rosli Zakaria@Che Kob berkata, fenomena El-Nino yang berlaku meningkatkan lagi cuaca panas dan kering yang di alami negeri-negeri utara semenanjung ketika ini.
Katanya, bagi tempoh antara Disember hingga Mac, corak iklim di negeri-negeri utara sememangnya panas dan kering seperti kebiasaan.
Sehingga semalam, Stesen Meterologi Alor Setar mencatatkan rekod tiada hujan selama tempoh hampir tiga minggu bermula 18 Dis lepas, dengan hanya sehari hujan pada 28 Dis.
Suhu pula dalam julat 23 hingga 34 darjah celcius.
Bernama
Sun Jan 10 2016
Langkah mengimport ikan terpaksa diambil memandangkan hasil tangkapan yang semakin merosot sehingga 50 peratus akibat keadaan cuaca pada masa ini. - Gambar hiasan
PDRM siap siaga kawalan keselamatan sempena WTD, WTC - KPN
PDRM sentiasa bersiap siaga dalam aspek keselamatan terutama membabitkan acara berskala besar peringkat antarabangsa seperti World Tourism Day (WTD) dan World Tourism Conference (WTC).
Mayat kanak-kanak lemas ditemukan di pesisir pantai Bachok
Pencarian kanak-kanak lelaki yang hilang selepas terjatuh di Pantai Kandis, Bachok berakhir apabila mayatnya ditemukan 11.15 pagi ini, kira-kira enam kilometer dari tempat kejadian.
Fokus Minggu Depan: Apa seterusnya untuk Syria?
Prof Dr Kamaruzaman Yusoff, Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Lubang benam di Jalan Lojing-Gua Musang kerana faktor cuaca - Alexander
Kejadian lubang benam di laluan FT185 Seksyen 78.60 Jalan Lojing-Gua Musang berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke, ekoran cuaca buruk.
Taufan terburuk dalam 100 tahun landa Mayotte, Perancis
Taufan kuat, 'Chido', melanda Mayotte pada awal Sabtu dan menimbulkan kebimbangan mengenai skala kemusnahan daripada ribut terburuk yang melanda wilayah luar dari Perancis dalam tempoh hampir satu abad, kata pihak berkuasa.
Angka korban meningkat kepada 44,930
Angka korban rakyat Palestin akibat serangan tidak berperikemanusiaan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 44,930 orang dengan 106,624 yang lain dilaporkan cedera.
Tindakan SAPP taktik tuntut lebih banyak kerusi - Ronald
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee berharap Parti Maju Sabah (SAPP) yang mengumumkan keluar komponen itu, tidak lagi bergantung kelangsungannya dengan menjadi ADUN dilantik.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Pindaan Perlembagaan lebih inklusif, adil kepada semua pihak
Pindaan Perlembagaan PKR yang memberi peluang keterlibatan sama rata dalam proses pemilihan parti dilihat lebih inklusif dan adil kepada semua pihak.
Pindaan perlembagaan parti iltizam luaskan peranan wanita
Ketua Wanita Pusat PKR, Fadhlina Sidek menyambut baik pindaan perlembagaan PKR melibatkan fasa 17.2, 17.2A dan 17.2B yang dilluluskan dalam Kongres Khas parti itu pada Ahad.
PKR tingkat jumlah perwakilan bagi 6 jawatan tertinggi parti
PKR meminda Perlembagaannya dengan meningkatkan jumlah perwakilan yang akan mengundi bagi enam jawatan tertinggi parti serta 20 anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
Nekad terpaksa import ikan akibat cuaca panas
Persatuan Nelayan Kedah (Nekad) terpaksa mengambil langkah mengimport kira-kira 10 tan hasil laut sejuk beku bagi menampung kekurangan bekalan akibat cuaca panas akhir-akhir ini.