BALIK PULAU: Lebih 4,000 orang terutama nelayan mengadakan perhimpunan aman membantah projek Tambakan Laut Selatan Pulau Pinang (PSI) yang dijalankan Pantai Sungai Batu, di Teluk Kumbar di sini.
Pengerusi Persatuan Nelayan Negeri Pulau Pinang (PenMutiara) Ibrahim Che Ros berkata pihaknya akan menyerahkan memorandum bantahan projek tersebut kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk memohon agar baginda dapat melihat nasib nelayan di Pulau Pinang.
"Pihak kami sedang menyiapkan memorandum itu dan akan menyerahkan kepada Yang di-Pertuan Agong dalam masa terdekat supaya baginda dapat melihat nasib kami nelayan di sini jika projek PSI tersebut diteruskan dan seterusnya membantu kami.
"Kami juga merancang untuk mengadakan perhimpunan membantah projek PSI di Parlimen dalam masa terdekat dan menyerahkan memorandum kedua bantahan projek ini kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kami sangat berharap beliau dapat mendengar suara nelayan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perhimpunan aman itu semalam.
Perhimpunan aman itu bermula pada 10.30 pagi dan berakhir kira-kira sejam kemudian tanpa sebarang insiden yang tidak diingini dihadiri penduduk setempat serta ahli pertubuhan bukan kerajaan antaranya Penang Forum, Sahabat Alam Malaysia (SAM), Lestari Khazanah Alam Pulau Pinang (LEKAS) serta Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP).
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 14 2023
Ibrahim (kemeja biru, tengah) bersama nelayan yang menyertai Perhimpunan Aman Bantahan Terhadap Projek PSI di Sungai Batu, Teluk Kumbar. - Foto Sinar Harian
Pemancing hilang di Empangan Tasik Pedu ditemui lemas
Mayat pemancing yang dipercayai lemas di Empangan Tasik Pedu, dekat Kuala Nerang pada Khamis lepas ditemui hari ini.
Harimau Malaya bakal uji kekuatan Indonesia?
Harimau Malaya dijangkakan akan menguji kekuatan Indonesia dalam satu perlawanan persahabatan sebelum bermulanya saingan Piala ASEAN 2024 nanti.
Taman Eko Rimba KL berpotensi jadi tarikan pelancong - Nik Nazmi
Taman Eko Rimba Kuala Lumpur (TERKL) di Bukit Nenas berpotensi untuk dibangun dan dipromosikan sebagai satu lagi tarikan di ibu kota, kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad.
Arsenal tidak akan menjadi juara liga - Cristiano Ronaldo
Cristiano Ronaldo, berkongsi pendapatnya dengan menjelaskan bahawa Arsenal tidak akan menjadi juara Liga Perdana Inggeris (EPL).
[TERKINI] KKM pantau lonjakan kes COVID-19 di Singapura
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memantau dengan teliti trajektori gelombang peningkatan dua kali ganda kes COVID-19 yang dilaporkan oleh Singapura baru-baru ini.
Lee Zii Jia melangkah ke akhir terbuka Thailand
Pemain perseorangan lelaki nombor satu Malaysia Lee Zii Jia selangkah untuk memenangi gelaran pertamanya tahun ini.
Ia selepas zii jia layak ke perlawanan akhir Terbuka Thailand dengan menewaskan pemain pilihan kelapan kejohanan dari Taiwan Chou Tien Chen.
Ia selepas zii jia layak ke perlawanan akhir Terbuka Thailand dengan menewaskan pemain pilihan kelapan kejohanan dari Taiwan Chou Tien Chen.
Negara perlu 84 balai bomba baharu - KPKT
Sebanyak 84 balai bomba baharu diperlukan dalam usaha meningkatkan kualiti, kemampuan dan kecekapan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menyalurkan perkhidmatan kepada masyarakat di seluruh negara.
Kestabilan politik bawa kemajuan di Sarawak - Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kestabilan politik telah membawa banyak pembangunan dan kemajuan di Sarawak.
Tiada cadangan tarik balik laporan polis - Naim Daniel
PENYANYI Naim Daniel menyerahkan segala urusan kepada pihak polis selepas individu yang mengugut bunuh ibu bapanya ditahan baru-baru ini.
[TERKINI] Mayat pemancing hilang di Tasik Pedu ditemui
Mayat Ooi Swee Hin berusia,41 tahun, ditemui pada jarak 1 kilometer dari lokasi dilaporkan terjatuh pada jam 8.05 pagi.
Ops Bersepadu: APMM tahan 10 warga asing dengan bantuan MSU
Sebanyak 10 warga asing yang bekerja sebagai kru nelayan tempatan ditahan atas pelbagai kesalahan menerusi operasi bersepadu oleh APMM.
Lelaki dikhuatiri lemas di Pantai Mek Mas ditemukan selamat
Mangsa diselamatkan oleh nelayan yang sedang menangkap ikan pada jarak kira-kira lima batu nautika dari lokasi pencarian, di sekitar perairan Tumpat.
Dua lelaki ditahan disyaki jual diesel bersubsidi nelayan
Treler dipercayai milik sebuah persatuan nelayan yang dipandu seorang lelaki tempatan berusia lewat 30-an.
Bot nelayan karam, lima mangsa selamat
Kesemua mangsa berusia 34 hingga 39 tahun itu dibawa balik ke Jeti Batang Pinang, Kuala Kedah setelah pemeriksaan lanjut dilaksanakan.
SIMP : 92.3 peratus nelayan telah berdaftar
Sebanyak 92.3 peratus nelayan Pulau Pinang Selatan yang layak, telah membuat pendaftaran Skim Pelan Pengurusan Impak Sosial (SIMP) di bawah projek tambak laut Pulau Pinang Selatan (PSI).
Dua nelayan dilaporkan tidak pulang selepas memancing
Kedua-dua lelaki itu telah ke laut dengan sebuah bot untuk memancing ikan sekitar 7 pagi semalam dan sepatutnya balik ke jeti itu pada 6 petang.
Aktiviti seleweng diesel subsidi nelayan di Sungai Besar tumpas
KPDN menumpaskan aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi nelayan di sebuah premis di Sungai Besar, Selangor.
Tekong hilang ketika menangkap ikan
Kejadian disedari pada jam 8 pagi selepas Ahamadkamaroodin gagal dihubungi serta kedudukan bot yang digunakan tidak dapat dikesan.
LKIM laksana pemutihan setiap bulan, pastikan hanya nelayan tegar terima elaun
LKIM akan membatalkan kelayakan nelayan yang tidak berstatus tegar antaranya tidak memenuhi syarat turun ke laut 120 hari setahun.
APMM tahan 100 nelayan warga asing di Pasir Puteh
Kesemua mereka itu ditahan dalam Op Bersepadu bersama Jabatan Imigresen (JIM) Kelantan dan Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Kelantan (AADK).