awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kota Kinabalu isytihar bencana banjir
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ramalan awal banjir di 10 jajahan Kelantan mulai Isnin ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nelayan berusia 80 tahun dikhuatiri hilang di perairan Tanjung Hantu

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
05/08/2021
13:06 MYT
Nelayan berusia 80 tahun dikhuatiri hilang di perairan Tanjung Hantu
Mangsa disyaki hilang di perairan Tanjung Hantu pada kedudukan lebih kurang 1.3 batu nautika barat daya Tanjung Hantu. - Foto Maritim Malaysia
LUMUT: Seorang nelayan tempatan warga emas berusia sekitar 80 tahun disyaki hilang di perairan Tanjung Hantu sekitar jam 2.20 petang, hari ini.
Pengarah Maritim Negeri Perak, Kapten Maritim Shahrizan Raman berkata, sebaik menerima laporan daripada Maritime Rescue Sub - Centre (MRSC) Langkawi, bot ronda Petir 80 telah dikejarkan ke lokasi bagi melaksanakan operasi mencari dan menyelamat (SAR).
Menurutnya, berdasarkan rekod, bot mangsa berpangkalan di Pulau Pangkor.
“Bot mangsa ditemui oleh nelayan tempatan tanpa pengemudi kira-kira jam 11 pagi tadi di sekitar kawasan aduan.
“Situasi itu seterusnya disalurkan oleh pengadu kepada MRSC Langkawi bagi membuat laporan dan tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini.
Menurut beliau, operasi SAR juga telah diaktifkan oleh MRSC Langkawi pada jam 3 petang.
Shahrizan berkata, Maritim Malaysia akan menyalurkan maklumat dari masa ke semasa di dalam usaha operasi itu disamping penglibatan aset-aset pasukan sahabat yang lain.
Topic Berkaitan
#nelayan
#Tanjung Hantu
#Pulau Pangkor
#mencari dan menyelamat
#Maritim Malaysia
#Shahrizan Raman
#warga emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan