awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nelayan dipenjara 15 tahun, sebatan lakukan keganasan seksual, liwat isteri

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
28/07/2020
08:41 MYT
Nelayan dipenjara 15 tahun, sebatan lakukan keganasan seksual, liwat isteri
Himni didakwa menyebabkan kecederaan serta mengurung isterinya yang berusia 36 tahun di sebuah rumah di Lumut pada 16 hingga 18 April lalu. -Astro AWANI
Seorang nelayan dihukum penjara 15 tahun dan lapan sebatan di Mahkamah Sesyen Ipoh selepas didapati bersalah melakukan keganasan seksual terhadap isterinya, April lalu.
Hakim Norashima Khalid, membuat keputusan itu selepas mengambil kira rayuan dan pengakuan bersalah Himni Nur Hamid, 36, terhadap kesemua pertuduhan dikemukakan kepadanya.
Mengikut pertuduhan, Himni didakwa menyebabkan kecederaan serta mengurung isterinya yang berusia 36 tahun di sebuah rumah di Lumut pada 16 hingga 18 April lalu.
Dia juga menghadapi masing-masing dua pertuduhan menggunakan alat kemaluan palsu dan meliwat isterinya, selain memiliki 13 keping cakera padat video (VCD) lucah pada masa dan lokasi yang sama.
Pada 5 Mei lalu, tertuduh mengaku bersalah terhadap semua pertuduhan dikemukakan kepadanya di hadapan Hakim S Indra Nehru di mahkamah sama.
Pendakwaan hari ini dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Liyana Zawani Mohd Radzi, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah turut mengarahkan supaya hukuman penjara terhadap tertuduh dijalankan secara serentak bermula hari ini.
Topic Berkaitan
#Ipoh
#keganasan
#liwat
#mahkamah
#Mahkamah Sesyen
#nelayan
#penjara
#rogol
#rumah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan