KUALA PERLIS: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Zon Maritim Kuala Perlis menahan tiga bot fiber tanpa nombor pendaftaran di kedudukan kira-kira 2.6 hingga 2.9 batu nautika barat daya Kuala Perlis sekitar jam 5.30 hingga 5.45 petang Isnin kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan.
Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Mohd Shafie Haji Paing berkata, ketiga-tiga bot fiber yang mencurigakan itu dikesan hasil aduan orang awam menerusi Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Perlis berkaitan aktiviti penangkapan siput jenis retak seribu di sekitar perairan negeri Perlis.
“Sebuah bot ronda Maritim Malaysia yang sedang melakukan rondaan rutin Op Aman telah diatur gerak ke lokasi kejadian bagi melakukan serbuan dan berjaya menahan bot tersebut.
“Pemeriksaan awal mendapati, kesemua bot nelayan tersebut berpangkalan di Kuala Perlis disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 Seksyen 8 (a) kerana mengendalikan bot tanpa lesen yang sah dan Seksyen 11 (3) (c) kerana memasang atau menyebabkan dipasang apa-apa belat ikan, peralatan menangkap ikan atau peranti mengumpul ikan tanpa kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia sebelum suatu lesen berkenaan dengannya dikeluarkan,” katanya melalui satu kenyataan hari ini.
Susulan itu APMM merampas satu set sangkar besi berupa tangguk siput dianggarkan bernilai RM500 dan hasil laut jenis siput retak seribu seberat 550 kilogram.
Keseluruhan rampasan termasuk tiga bot, enjin, sangkar besi dan siput retak seribu dianggar bernilai RM22,830.
Turut ditahan, tiga tekong bersama empat kru kesemuanya warga tempatan berumur lingkungan 20 hingga 66 tahun bersama bot dan hasil tangkapan siput tersebut dibawa ke jeti Zon Maritim Kuala Perlis dan diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut.
“Hasil siasatan mendapati modus operandi yang penangkapan siput jenis retak seribu ini adalah menggunakan bot fiber dengan enjin sangkut bergalah (ekor biawak) atau enjin sangkut.
“Siasatan juga turut mendapati, dua bot fiber tanpa nombor pendaftaran berkenaan telah bertindak membuang sangkar besi berupa tangguk siput ke dalam laut bagi menghapuskan bukti melakukan aktiviti penangkapan siput jenis retak seribu,” katanya.
Aktiviti penangkapan siput di perairan Kuala Perlis merupakan satu kesalahan kerana Jabatan Perikanan Negeri Perlis tidak mengeluarkan sebarang lesen bagi aktiviti penangkapan siput.
Lesen atau permit untuk aktiviti penangkapan siput hanya dikeluarkan di negeri Kedah dan hanya dibenarkan menjalankan aktiviti berkenaan di perairan negeri itu sahaja.
Aktiviti ini boleh menyebabkan habitat ekosistem marin terjejas dalam jangka masa panjang, mengancam pembiakan, memusnahkan benih-benih ikan di dasar laut serta turut menjejaskan sumber pendapatan nelayan pesisir pantai.
Rententan aktiviti haram ini, nelayan pesisir pantai terpaksa menanggung kerugian apabila pukat mereka rosak dan koyak kerana tersangkut dengan kulit siput yang telah mati.
Adie Sufian Zulkefli
Tue Nov 30 2021
Hasil siasatan mendapati modus operandi yang penangkapan siput jenis retak seribu ini adalah menggunakan bot fiber dengan enjin sangkut bergalah (ekor biawak) atau enjin sangkut. - Foto APMM
Pantau Belanjawan: Memartabatkan perumahan sebagai hak asasi
Pengarah Kajian Khazanah Research Institute (KRI), Dr Suraya Ismail berbicang lanjut mengenai akses kepada perumahan yang menangani masalah ini melalui 'kesamarataan' manusia di Malaysia.
Tujuh maut dalam kebakaran hospital di Tamil Nadu
Sekurang-kurangnya tujuh orang dilaporkan maut manakala ramai lagi cedera dalam insiden kebakaran di sebuah hospital di Dindigul, Tamil Nadu, India.
AWANI Ringkas: Pengerusi ASEAN dan TMM 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pengasas Blogger, Twitter dan Medium lancar aplikasi sosial baharu Mozi
Melalui Mozi, pengguna boleh melakukan perancangan mereka di sesuatu lokasi seperti lokasi yang akan disinggah, atau acara yang akan disertai.
Buaya di Teluk Batik: PERHILITAN nasihat orang awam berwaspada
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu pada Khamis.
[TERKINI] Zii Jia, beregu negara melangkah ke separuh akhir
Pemain perseorangan profesional lelaki negara, Lee Zii Jia, mengesahkan tempat ke separuh akhir selepas mencatat kemenangan kedua dalam Kumpulan A Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China, hari ini.
Pemain nombor lapan dunia itu meneruskan prestasi cemerlangnya dengan menewaskan pemain nombor dua dunia dari Denmark, Anders Antonsen, 21-14, 21-19 dalam masa 47 minit di Gimnasium Olimpik Hangzhou.
Pemain nombor lapan dunia itu meneruskan prestasi cemerlangnya dengan menewaskan pemain nombor dua dunia dari Denmark, Anders Antonsen, 21-14, 21-19 dalam masa 47 minit di Gimnasium Olimpik Hangzhou.
Permohonan Geran Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India masih dibuka - Mitra
Lebih 200 badan bukan kerajaan dan syarikat telah memohon geran Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (PPSMI) 2025 yang dibuka sejak 2 Dis.
Fikir dahulu sebelum kongsi di media sosial - Pakar
Dengan kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024 di Dewan Rakyat, pengguna media sosial disarankan lebih bertanggungjawab dalam menggunakan platform tersebut bagi mengelak dikenakan tindakan undang-undang.
Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya, Profesor Komunikasi di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, menjelaskan bahawa maklumat yang dikongsi di media sosial akan kekal dirakam dalam sistem, menjadikannya mustahil untuk dihapuskan.
Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya, Profesor Komunikasi di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, menjelaskan bahawa maklumat yang dikongsi di media sosial akan kekal dirakam dalam sistem, menjadikannya mustahil untuk dihapuskan.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara pusat pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam bidang kecerdasan buatan (AI).
Anggaran pendapatan naik 12 peratus kepada RM1.67 bilion
Anggaran pendapatan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) pada 2025 meningkat 12 peratus kepada RM1.67 bilion dengan kutipan zakat disasarkan mencapai RM1.2 bilion.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd NaĆm Mokhtar ketika mengulas Bajet MAIWP 2025 pada Khamis berkata, anggaran perbelanjaan pula merekodkan RM1.67 bilion dengan perbelanjaan agihan RM1.34 bilion, pengurusan RM246 juta dan pembangunan RM87 juta.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd NaĆm Mokhtar ketika mengulas Bajet MAIWP 2025 pada Khamis berkata, anggaran perbelanjaan pula merekodkan RM1.67 bilion dengan perbelanjaan agihan RM1.34 bilion, pengurusan RM246 juta dan pembangunan RM87 juta.
Kementerian Pengangkutan tubuh jawatankuasa semak undang-undang maritim, akta-akta pelabuhan
Tindakan itu bertujuan memastikan undang-undang tersebut kekal relevan dan berkesan dalam menghadapi perubahan.
Maritim Malaysia rampas 46 tong petrol bersubsidi cuba diseludup ke Filipina
Operasi pada 6 petang Selasa mengesan sebuah bot dalam keadaan mecurigakan menghala ke Pulau Taganak, Filipina.
Op Carilamat diteruskan ke pesisir pantai, aset udara ditambah
Kawasan pencarian juga akan diteruskan di kawasan pesisir pantai berdasarkan kedudukan bot yang semakin menghampiri kawasan pantai.
Operasi kesan lelaki dikhuatiri lemas diperluas - APMM Terengganu
Operasi semalam yang membabitkan kawasan seluas 50.4 batu nautika, ditamatkan pada 7 petang kerana keadaan gelap dan ombak bergelora.
APMM tahan 100 nelayan warga asing di Pasir Puteh
Kesemua mereka itu ditahan dalam Op Bersepadu bersama Jabatan Imigresen (JIM) Kelantan dan Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Kelantan (AADK).
Anwar harap LIMA '23 perkukuh Malaysia sebagai hab serantau industri aeroangkasa, maritim
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan harapan agar LIMA '23 akan mengukuhkan Malaysia sebagai hab serantau bagi industri aeroangkasa dan maritim.
Filipina, China setuju bekerjasama selesaikan isu maritim
Rundingan di Manila itu merupakan yang terbaru dalam siri mesyuarat peringkat tinggi Filipina dengan pemimpin Amerika Syarikat dan China.
Mayat lelaki ditemukan terapung di perairan Pulau Pasir
Mayat seorang lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di perairan Pulau Pasir, Langkawi, pada jam 11.45 pagi Jumaat.
Bot terbakar di Mersing, 20 nelayan asing diselamatkan - Maritim
20 nelayan asing berdepan detik cemas selepas bot yang dinaiki mereka terbakar dalam satu kejadian di perairan Kuala Endau, Pahang.
Empat nelayan Indonesia hilang selepas bot karam
Operasi pencarian yang masuk hari kedua hari ini sedang giat dijalankan membabitkan keluasan 42 batu nautika persegi dengan aset Maritim.