awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nelayan ditahan pecah amanah, pemalsuan dokumen babit kerugian RM8 juta

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
12/10/2023
07:30 MYT
Nelayan ditahan pecah amanah, pemalsuan dokumen babit kerugian RM8 juta
Reman dikeluarkan oleh Majistret Nurshahidan Abd Rahim selepas suspek berusia 47 tahun dibawa ke Kompleks Mahkamah Kangar, hari ini. - Gambar/ Astro AWANI
KANGAR: Seorang nelayan direman lima hari bagi membantu siasatan berhubung kes pecah amanah dan pemalsuan dokumen membabitkan kerugian hampir RM8 juta sejak 2018.
Reman dikeluarkan oleh Majistret Nurshahidan Abd Rahim selepas suspek berusia 47 tahun dibawa ke Kompleks Mahkamah Kangar, hari ini.
Suspek ditahan petang semalam di Alor Setar selepas enam minggu diburu polis berhubung kes berkenaan.
Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, penahanan suspek dilakukan selepas pihaknya menerima satu laporan polis daripada seorang pelabur warga asing yang mendakwa kerugian hampir RM8 juta selepas diperdaya oleh rakan niaganya di negara ini, pada 26 Ogos lalu.
Menurutnya, mangsa mendakwa rakan niaganya dilantik sebagai pengarah syarikat membabitkan perniagaan kilang memproses serbuk ikan dan vitamin untuk pasaran tempatan serta luar negara yang beralamat di Kuala Perlis.
"Siasatan mendapati kejadian bermula sejak 2018 hingga 2020 yang mana suspek mengambil kesempatan ketika sekatan perjalanan dikuatkuasakan sewaktu penularan pandemik COVID-19 melanda dunia.
"Suspek disyaki melakukan jenayah pecah amanah dan pemalsuan dokumen terhadap syarikat dengan menjual empat lot tanah milik syarikat mereka di Kuala Perlis kepada pihak ketiga.
"Perbuatan berkenaan dilakukan tanpa pengetahuan mangsa yang berada negara asalnya mengakibatkan anggaran kerugian sebanyak RM8 juta," katanya di sini, hari ini.
Beliau berkata, polis melancarkan operasi 'Ops Pekaka' bagi mengesan kesemua suspek termasuk peguam dan pembeli yang terbabit dalam kes itu yang dipercayai berada di beberapa negeri di utara tanah air dan sekitar Lembah Klang.
Siasatan polis mendapati mangsa telah mengambil langkah awal dengan menyekat urusan diteruskan dengan memasukkan 'kaveat' atau pencegahan pendaftaran transaksi mengikut Kanun Tanah Negara (NLC) ke atas kesemua tanah milik syarikat mangsa.
Kes disiasat mengikut Seksyen 409/471 Kanun Keseksaan kerana pemalsuan dokumen dan pecah amanah.
Topic Berkaitan
#pecah amanah
#palsu dokumen
#laporan polis
#nelayan ditahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan