awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ahli akademik Switzerland minta penamatan perjanjian penyelidikan dengan Israel
Rumah Mesra Rakyat lambang simbol kestabilan hidup, masa depan lebih terjamin
Perbuatan sabotaj sasar rangkaian kereta api di Itali
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nelayan hilang akibat jatuh dari bot karam, ditemukan maut

Aida Aziz
Aida Aziz
18/09/2022
07:25 MYT
Nelayan hilang akibat jatuh dari bot karam, ditemukan maut
Lo Soo Yong, 57, ditemui maut pada 11.45 pagi oleh pasukan penyelamat pada kedudukan satu batu nautika, dari lokasi bot mangsa karam. - JBPM
BAGAN DATUK: Nelayan lelaki yang dilaporkan dikhuatiri hilang sejak semalam selepas terjatuh dari bot karam, di muara Sungai Bernam, Sungai Lipas, di sini, ditemukan maut hari ini.
Mangsa dikenali sebagai Lo Soo Yong, 57, ditemui maut pada 11.45 pagi oleh pasukan penyelamat pada kedudukan satu batu nautika, dari lokasi bot mangsa karam.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, berkata, operasi pencarian itu digerakkan bersama agensi lain seperti Polis, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).
"Operasi pencarian dilakukan bersama intra agensi, mangsa lelaki itu berjaya ditemui satu batu nautika dari lokasi bot mangsa karam.
"Mangsa dibawa ke jeti dan disahkan maut oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
"Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan susulan" katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Operasi itu ketuai oleh TPgB A.Ravi dan turut dihadiri Pegawai Kanan Bomba, PPgB Fazrul Azuan Norman.
Terdahulu, media melaporkan seorang lelaki berusia 57 tahun dikhuatiri hilang selepas dipercayai terjatuh setelah bot yang dinaiki karam di muara Sungai Bernam, Sungai Lipas, di sini semalam.
Difahamkan, ketika kejadian lelaki tersebut baru selesai menangkap hasil laut dan mahu bergerak balik ke daratan.
Operasi pencarian pagi tadi membabitkan kekuatan seramai 27 anggota.
Ia terdiri daripada JBPM (11), APMM (6) dan APM (10).
Topic Berkaitan
#nelayan hilang
#bot karam
#JBPM
#mayat mangsa ditemukan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan