KUANTAN: Seorang nelayan hilang selepas bot yang dinaiki bersama rakannya terbalik akibat tersangkut pada tali bot pukat tunda di perairan Karang Tanjung Pelindung di sini pada Sabtu.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.20 petang itu, mangsa, Fadzely Mohamed, 40, dikhuatiri lemas manakala rakannya, Abdul Mutalib Abdul Rahman, 38 (pengadu) berjaya diselamatkan.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, berdasarkan maklumat awal, mangsa bersama pengadu keluar memancing kira-kira jam 7 pagi dengan menaiki sebuah bot gentian kaca.
Menurutnya, ketika dalam perjalanan pulang kira-kira jam 6.20 petang hari yang sama, bot dinaiki mereka kehabisan minyak.
"Selepas selesai mengisi minyak dan mula untuk bergerak kembali, kipas enjin bot mereka terkena tali keroncong sebuah bot pukat tunda yang sedang menunda pukat di kawasan perairan itu.
"Ekoran kejadian itu, bot dinaiki mereka terbalik menyebabkan kedua-duanya jatuh ke dalam laut dan tenggelam di bawah bot," katanya ketika dihubungi di sini pada Ahad.
Mengulas lanjut, Wan Mohd Zahari berkata, pengadu berjaya menyelamatkan diri dengan memanjat ke atas bot yang terbalik manakala mangsa ketika itu berpaut pada tali keroncong bot pukat tunda tersebut.
Beliau berkata, tindakan kru bot pukat tunda terbabit yang meneruskan kerja menunda menyebabkan tali yang dipegang mangsa tersentak manakala pengadu turut terjatuh semula ke dalam laut.
"Selepas berjaya naik semula ke atas bot yang terbalik, pengadu menyedari mangsa hilang disyaki tenggelam dibawa arus.
"Pengadu kemudian diselamatkan nelayan lain (rakan) yang kebetulan melalui kawasan tersebut," ujarnya.
Tambah beliau, pengadu dibantu rakannya mengejar bot pukat tunda tersebut untuk mengesan mangsa.
"Setelah bot pukat tunda tersebut berhenti, pengadu cuba mencari rakannya namun mangsa gagal ditemui.
"Pengadu pulang ke pangkalan di Kampung Baru Beserah dan membuat laporan polis berhubung kejadian itu," katanya.
Wan Mohd Zahari berkata, susulan maklumat tersebut, operasi mencari dan menyelamat digerakkan melibatkan pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) bersama beberapa agensi lain.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Feb 20 2022
Pengadu berjaya menyelamatkan diri dengan memanjat ke atas bot yang terbalik manakala mangsa ketika itu berpaut pada tali keroncong bot pukat tunda. -Gambar hiasan
LIMA '25 pada 20-24 Mei 2025, ketengah kepentingan pemain industri
Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata LIMA '25 di pulau peranginan Langkawi, Kedah itu bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Najib diberi peluang jelaskan mengenai dokumen 1MDB ketika disoal siasat - Pegawai SPRM
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Najib diberi peluang untuk menjelaskan secara terperinci mengenai dokumen berkaitan 1MDB, ketika disoal siasat.
Pantau Agenda Reformasi: Penstrukturan akaun & pengenalan akaun 3 KWSP
Ikuti kupasan penganalisis ekonomi Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan, Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK), Prof. Emeritus Barjoyai Bardai mengenai penstrukturan akaun KWSP & pengenalan akaun 3.
Pihak dikaitkan dalam laporan berkaitan lesen kasino perlu ambil tindakan - PM Anwar
Laporan yang memetik satu sumber itu berkata perbincangan mengenai pemberian lesen itu masih di peringkat awal.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Berhadapan tekanan Israel, FCC tiada istilah putus asa'
Pemeriksaan kapal penumpang, Akdeniz (Mediterranean) yang terlibat dalam misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza dilaporkan sedang berjalan.
Niaga AWANI: Airasia Group bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September - Tony Fernandes
AirAsia Group Sdn Bhd (AAG) bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September, mengambil alih status penyenaraian AirAsia X Bhd, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes.fernandes, bursa Malaysia.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd, firma swasta dengan 35% pegangan milik
Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas) telah melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April 2024.
#NiagaAWANI
Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas) telah melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April 2024.
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: MOT, KHAZANAH, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB
Jelas Perdana Menteri, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Vincent Tan tak terbabit rundingan lesen kasino Forest City
Berjaya Corp Bhd (BCorp) menafikan laporan yang mengaitkan Pengasasnya, Tan Sri Vincent Tan terbabit dalam rundingan berkaitan lesen kasino di Forest City, Johor.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Kadar antara bank jangka pendek ditutup kukuh susulan operasi BNM
Kadar antara bank jangka pendek ditutup kukuh pada Jumaat susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Nelayan hilang dalam kejadian bot terbalik
Pengadu berjaya menyelamatkan diri dengan memanjat ke atas bot yang terbalik manakala mangsa ketika itu berpaut pada tali keroncong bot pukat tunda.