Seorang nelayan tempatan yang dilaporkan hilang sejak dua hari lalu ditemui lemas dalam keadaan mayatnya terapung di perairan Tanjung Aru, Menumbok kira-kira jam 7 pagi hari ini.
Mangsa, Awang Tahir Mohd Daud, 49, yang berasal dari Kampung Tanjung Aru Menumbok itu ditemui oleh sekumpulan penduduk kampung yang ketika itu berada di perairan berhampiran lokasi lelaki berkenaan dilaporkan hanyut dan hilang pada jam 5.30 petang Selasa lalu.
Ketua Polis Daerah Beaufort Deputi Superintendan Azmir Abdul Razak berkata, polis menerima maklumat itu daripada penduduk kampung pada jam 7.50 pagi sebelum sepasukan anggota penyelamat bergegas ke lokasi kejadian untuk membawa mayat mangsa ke tepian pantai.
"Dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang memasuki hari ke tiga pada hari ini, mayat mangsa akhirnya berjaya ditemui kira-kira jam 7 pagi sebelum kita membawanya ke pantai untuk tindakan lanjut pada jam 8.40 pagi.
"Mangsa dilaporkan hilang sejak Selasa lalu sebelum mayatnya ditemui pada pagi ini dengan keadaan terapung serta lengkap berpakaian dan kejadian berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini hari ini.
Terdahulu, mangsa yang dipercayai bersama dua lagi rakannya berusia 17 dan 27 tahun pergi ke laut kira-kira dua kilometer dari pantai dipercayai untuk membuat bagang di perairan berkenaan pada jam 8 pagi Selasa.
Pada jam 5.30 petang, perahu milik mangsa yang diikat pada tiang kayu bagang terlepas lalu dihanyutnya arus.
Bimbang perahu miliknya hilang, mangsa kemudian terjun ke laut setinggi dua meter bagi menyelamatkan perahunya namun ketika tiba di pertengahan lautan, lelaki itu dipercayai keletihan lalu meminta pertolongan rakannya tetapi kedua-dua mereka tidak berani dan menjerit meminta bantuan daripada beberapa pekerja di bagang berhampiran namun turut gagal sebelum mangsa hilang di atas permukaan air.
Sementara itu, jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Penyu berkata, operasi SAR berkenaan membabitkan seramai 44 anggota penyelamat dan turut dibantu oleh penduduk kampung sebelum ditamatkan pada jam 8 pagi tadi.
Ruzaini Zulkepli
Thu Nov 02 2017
Nelayan yang dilaporkan hilang selama dua hari ditemui lemas di perairan Tanjung Aru, Menumbok di sini. - Gambar ihsam JPAM, Bomba.
Ahli perniagaan China didakwa pengintip dijemput ke Istana Buckingham oleh Duke
Lelaki itu dilaporkan telah melawat Istana Buckingham sebanyak dua kali atas jemputan Putera Andrew.
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Pasangan warga emas maut dalam kemalangan babit dua kereta
Sepasang suami isteri warga emas maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kampung Lingkungan, Beaufort, tengah hari tadi.
Banjir di Sabah pulih sepenuhnya
Bencana banjir yang berlaku di daerah Beaufort sejak Jumaat lepas pulih sepenuhnya, dan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) daerah itu telah ditutup pada tengah hari tadi.
Banjir: 299 orang masih berlindung di empat PPS di tiga negeri
Tiga negeri yang terjejas setakat 9 pagi ini ialah Perak, Sabah dan Sarawak.
Banjir Sabah: 102 mangsa di Beaufort dipindahkan ke PPS Dewan Selagon
PPS itu menempatkan seramai 15 lelaki dan 32 wanita, manakala selebihnya 35 kanak-kanak lelaki dan 20 kanak-kanak perempuan.
Lebih 1,800 penerima STR, SARA disantuni dalam program penyerahan bantuan di Beaufort
Kalangan penerima menzahirkan rasa syukur di atas sumbangan itu yang sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan sara hidup mereka seharian.
[RASMI] PRU15: Calon BN, Siti Aminah menang di Beaufort
Calon Barisan Nasional (BN), Siti Aminah Aching memang di kerusi Parlimen Beaufort dengan majoriti 2,518 undi.
Mangsa banjir di Sabah tinggal 63 orang
Hanya satu PPS masih beroperasi iaitu Dewan Datuk Seri Panglima Mohd Dun Banir di Beaufort.
Operasi cari Jude Angel belum temui sebarang tanda
Pasukan mencari dan menyelamat masih belum menemui sebarang tanda berkenaan kehilangan kanak-kanak terbabit.
Kanak-kanak 18 bulan dikhuatiri hilang di hutan atau jatuh sungai di Beaufort
Seorang kanak-kanak perempuan 18 bulan dikhuatiri jatuh sungai atau hilang di hutan selepas keluar dari rumah dalam kejadian di Kampung Batu 66, Beaufort pada Sabtu.
Banjir Sabah: 1,826 mangsa ditempatkan di 16 PPS
Seramai 1,826 mangsa daripada 698 keluarga dipindahkan ke 16 pusat pemindahan sementara (PPS) susulan kejadian banjir di Sabah.