awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salah bayar cukai pendapatan hampir separuh daripada gaji
57 mangsa tanah runtuh di Bandung Barat dikenal pasti, operasi SAR diteruskan
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nelayan maut dipercayai dibaham buaya

Bernama
Bernama
15/07/2025
15:02 MYT
Nelayan maut dipercayai dibaham buaya
Seorang nelayan yang dilaporkan hilang dipercayai dibaham buaya di sebuah sungai berdekatan Taman Kenari, Batu 7, semalam ditemukan meninggal dunia petang tadi. - Gambar fail/hiasan
SANDAKAN: Seorang nelayan yang dilaporkan hilang dipercayai dibaham buaya di sebuah sungai berdekatan Taman Kenari, Batu 7, di sini semalam ditemukan meninggal dunia petang tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan Jimmy Lagung berkata mayat Obing Markum, 30-an, dijumpai pada 2.10 petang oleh pasukan penyelamat di kawasan sungai itu, kira-kira satu kilometer dari bot lelaki terbabit.
"Mangsa menjalankan aktiviti menangkap ikan pada 6 petang semalam di sungai Taman Kenari, sebelum penduduk kampung menemukan botnya di tepi sungai dengan kesan gigitan buaya.
"Operasi mencari dan menyelamat mangsa turut disertai penguat kuasa Jabatan Hidupan Liar, Angkatan Pertahanan Awam, Pasukan Polis Marin dan orang awam bermula 8.57 pagi tadi," katanya ketika dihubungi hari ini.
Jimmy berkata mayat lelaki warga asing itu dihantar ke Hospital Sandakan untuk tindakan lanjut manakala SAR ditamatkan sepenuhnya pada 3.40 petang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#nelayan
#dibaham buaya
#Taman Kenari
#Obing Markum
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan