awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nelayan maut terkena renjatan elektrik

Bernama
Bernama
16/01/2024
11:18 MYT
Nelayan maut terkena renjatan elektrik
Mangsa ditemukan meninggal dunia di atas bot di kuala Sungai Marang, Terengganu pada pagi Selasa. - JBPM ia Sinar Harian
MARANG: Seorang nelayan ditemukan meninggal dunia dipercayai terkena renjatan elektrik ketika membersihkan bot di Kuala Sungai Marang, di sini pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Marang DSP Mohd Razman Setapa berkata Muhamad Zai Hisham Zaidir, 24, berasal dari Kampung Bukit Mengawan, Hulu Terengganu dipercayai terkena renjatan elektrik ketika membaiki lampu sorot dalam bot berkenaan.
"Mangsa dijumpai bapanya kira-kira 8.30 pagi tadi dalam keadaan sudah tidak bernyawa.
"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk bedah siasat. Mangsa disahkan meninggal dunia akibat terkena renjatan elektrik," katanya ketika dihubungi hari ini.
Mohd Razman berkata siasatan mendapati tiada unsur jenayah ditemui dan kematian diklasifikan sebagai mati mengejut.
Sementara itu, bapa mangsa Zaidir Zahid, 51, berkata sebelum kejadian, dia bersama anaknya itu membaiki bot milik mereka sebelum diminta pulang ke rumah kira-kira 1 pagi.
"Saya agak dia (Muhamad Zai Hisham) turun menyelam untuk membaiki kipas bot dan dalam keadaan basah...dia naik mengambil lampu sorot untuk buat kerja.
"Tetapi nasib tak baik kerana lampu sorot tu ada wayar yang rosak. Dia pula dalam keadaan basah," katanya ketika ditemui di Unit Forensik HSNZ.
Zaidir berkata ketika ditemui, mayat anaknya dalam keadaan keras dan badannya juga bertukar kebiruan-biruan.
Walaupun sedih, dia sekeluarga reda dengan pemergian Muhamad Zai Hisham yang disifatkan sebagai anak yang baik dan taat kepada ibu bapa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#nelayan
#renjatan elektrik
#nelayan maut
#baiki bot
#kuala sungai marang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan