awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelawak Indonesia disoal siasat susulan aduan kandungan rancangan Netflix
Cabaran ekstrem Malatra Ultra, Pirate Backyard Ultra 2026 tarik lebih 400 penyertaan
Anak Muammar Gaddafi dikebumikan di selatan Tripoli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nelayan Perlis bakal wujud stesen minyak mudah alih

Bernama
Bernama
03/02/2024
20:30 MYT
Nelayan Perlis bakal wujud stesen minyak mudah alih
Menurut Muhammad Faiz, stesen minyak mudah alih yang bakal diwujudkan PELARIS dijangka membantu meningkatkan pendapatan persatuan itu. - Gambar fail/FB faizfadzil
KUALA PERLIS: Persatuan Nelayan Negeri Perlis (PELARIS) bakal mewujudkan stesen minyak mudah alih menerusi projek Portable Container System (PCS) dengan usaha sama Bousted Petroleum Marketing Sdn Bhd (BHPetrol).
Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Muhammad Faiz Fadzil berkata, usaha itu dijangka membantu meningkatkan pendapatan persatuan itu.
"PCS merupakan stesen minyak mudah alih yang dapat membekalkan petroleum secara sementara di kawasan-kawasan yang dibenarkan oleh kerajaan. Pemilikan tanah untuk projek PCS itu diluluskan oleh LKIM kepada persatuan nelayan ini semasa saya menjadi Pengerusi LKIM sebelum ini (2018-2020).
"Projek ini dilihat sebagai satu peluang bijak yang diambil oleh PELARIS sebagai badan yang menjaga kebajikan nelayan di samping dapat meningkatkan pendapatan mereka," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis pecah tanah projek itu, di sini, pada Sabtu.
Muhammad Faiz berkata, PCS juga memberi manfaat kepada nelayan menerusi penjimatan kos mobiliti kerana tidak perlu lagi bergerak jauh untuk mendapatkan bahan api.
"Projek PCS ini, Insya-Allah akan dilaksanakan dalam masa yang terdekat pada tahun ini bagi memudahkan nelayan untuk mendapatkan bekalan minyak di kawasan berhampiran," katanya yang turut memaklumkan terdapat lebih 4,000 nelayan di Perlis. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia
#Nelayan Perlis
#pelaris
#stesen minyak mudah alih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan