PASIR PUTEH: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan memberi peringatan kepada nelayan pesisir pantai agar berwaspada dan memandang serius aspek keselamatan dalam menghadapi Monsun Timur Laut, tahun ini.
Pengarahnya Kapten Maritim Syed Nor Adli Syed Ab Rahman berkata hal ini berikutan perairan Kelantan bakal menerima tiupan angin lebih kencang dan berterusan dengan kelajuan boleh mencecah sehingga 50 hingga 60 kilometer (km) sejam berserta hujan lebat.
"Sepanjang musim ini, ombak juga boleh mencapai ketinggian 3.5 hingga 4.5 meter.
"Situasi ini boleh membahayakan para pengusaha bot terutamanya bot-bot pemancing rekreasi, bot tradisional dan bot fibreglass," katanya dalam kenyataan semalam.
Mengulas lanjut, Syed Nur Adli berkata nelayan perlu memaklumkan kepada persatuan, ahli keluarga atau APMM mengenai destinasi atau lokasi menangkap ikan untuk memudahkan pencarian sekiranya berlaku kecemasan.
"Kawasan operasi dan carilamat di bawah tanggungjawab Maritim Kelantan adalah seluas 27,637 km persegi dengan pantai sepanjang 78 kilometer.
"Maritim Kelantan akan terus komited memastikan keadaan perairan negeri Kelantan selamat dan berusaha meminimumkan kes kejadian yang menyebabkan kehilangan nyawa dan kerugian harta benda," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 18 2021
Nelayan diminta memaklumkan kepada persatuan, ahli keluarga atau APMM mengenai destinasi atau lokasi menangkap ikan untuk memudahkan pencarian sekiranya berlaku kecemasan. - Gambar fail/BERNAMA
Harumanis antara tarikan utama Agrofiesta 2024
Mangga harumanis dan produk makanan berasaskan mangga antara tarikan utama pada penganjuran Agrofiesta 2024.
NIOSH sedia beri khidmat nasihat depani cabaran perubahan iklim
NIOSH bersedia memberikan khidmat nasihat serta rundingan bagi membantu kerajaan, majikan dan pekerja menghadapi cabaran berkaitan perubahan iklim.
Malaysia negara pertama terima visa haji
Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji 1445H/2024.
Menteri Indonesia bincang isu pekerja migran dengan rakan sejawat dari Malaysia
Fauziyah harap Steven akan membawa penambahbaikan kepada dasar berkaitan tenaga kerja Indonesia.
Pahang peruntuk RM1.5 juta bantuan tunai bakal jemaah haji
Sebanyak 1,588 jemaah haji Pahang menerima sumbangan 'duit poket' berjumlah RM750 seorang bagi membantu meringankan beban bakal haji dalam melakukan persiapan melaksanakan rukun Islam kelima itu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi jangan mudah percaya taktik fitnah - Ramanan
Ramanan berkata pengundi perlu lebih berhati-hati, dan sentiasa menyemak fakta apabila mendengar kempen politik yang dilakukan pihak lawan.
KEDA berhasrat tanam padi wangi, padi huma tahun ini
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) berhasrat membangunkan tanaman padi wangi dan padi huma di beberapa kawasan pertanian dalam wilayahnya, tahun ini.
Mesyuarat perundingan Enam Pihak Arab bincangkan perkembangan di Gaza
Mesyuarat perundingan Jawatankuasa Enam Pihak Arab itu membincangkan perkembangan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
Chegubard didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok - Peguam
Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan memfitnah dan menghasut.
Pulau Pinang, kerajaan pusat bekerjasama tarik pelaburan semikonduktor
Kerajaan Pulau Pinang akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan usaha menarik pelaburan dalam sektor semikonduktor, termasuk segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) di negeri itu.
Tiga nelayan Kuala Kemasin dikhuatiri hilang
Tiga nelayan yang keluar memukat ikan di Kuala Kemasin di Bachok, dikhuatiri hilang sejak 3 pagi semalam dipercayai selepas berlakunya ribut dan kabus tebal.
APMM Kelantan gagalkan cubaan seludup mercun guna jalan laut
Cubaan membawa masuk mercun melalui jalan laut dari Perairan Laut China Selatan dari negara jiran bagaimanapun berjaya dipatahkan.
Nelayan perlu waspada hadapi Monsun Timur Laut - APMM Kelantan
Perairan Kelantan bakal terima tiupan angin lebih kencang dan berterusan dengan kelajuan boleh mencecah hingga 60km sejam.
Mayat tanpa kepala dipercayai nelayan tempatan
Mayat tanpa kepala yang ditemui di perairan Pulau Kapas, Terengganu petang semalam dipercayai milik nelayan tempatan.