awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
Hujan lebat di California ragut tiga nyawa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nelayan tempuh risiko demi ikan belanak

Astro Awani
Astro Awani
11/01/2021
15:53 MYT
Nelayan tempuh risiko demi ikan belanak
Menurut nelayan, Mohd Zuri Muhamad Amin, spesies ikan berkenaan akan bertambah apabila keadaan ombak lebih tinggi.
BACHOK:Fenomena air pasang dan ombak besar lazimnya memberi ancaman terhadap penduduk di sekitar pantai.
Namun, tidak bagi sesetengah golongan nelayan yang sanggup menempuh risiko demi mendapatkan hasil tangkapan ikan belanak yang aktif pada musim tersebut.
Menurut nelayan, Mohd Zuri Muhamad Amin, spesies ikan berkenaan akan bertambah apabila keadaan ombak lebih tinggi.
“Kalau musim tengkujuh ombak besar memang suka saya cari belanak, ketika ombak dia ada,
“Kaedah yang kami guna ialah sauk pada musim ini dan bagi orang yang mahir kami dapat 15 kilogram (kg)
“Kalau siapa yang baru belajar, mereka boleh dapat tiga hingga empat kg,” katanya.
Sementara itu, bagi Mohd Hussin yang berpengalaman hampir 30 tahun, aktiviti berkenaan sudah menjadi kebiasaan meskipun berisiko.
Menurutnya, ikan tersebut gemar kepada buih ombak menerusi sauk yang direka nelayan.
Hasil tangkapan dijual dengan kadar harga enam hingga RM7 sekilo.
Risiko berdepan ombak besar hanya mampu dikuasai sesetengah golongan nelayan yang memerlukan pengalaman dan ilmu mencukupi.
Ombak besar | Nelayan tempuh risiko demi ikan belanak
Topic Berkaitan
#air pasang
#ombak besar
#ikan belanak
#nelayan
#Mohd Zuri Muhamad Amin
#Mohd Hussin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan