NATIONAL
Nenek, cucu rentung rumah terbakar

Mayat kedua-dua mangsa ditemukan dalam rumah yang terbakar itu antara jam 7.13 hingga 7.33 pagi sebelum diserahkan kepada polis.
KOTA KINABALU: Seorang wanita warga emas dan cucunya ditemukan rentung dalam kejadian kebakaran rumah di Lorong Gusin Tiga, Kampung Pulau Penampang, di sini pada awal pagi Selasa.
Ringkasan AI
- Seorang wanita warga emas berusia 82 tahun dan cucunya berusia 14 tahun maut dalam kebakaran rumah di Kampung Pulau Penampang sekitar jam 5 pagi.
- Enam sekeluarga berada dalam rumah ketika kejadian; empat berjaya menyelamatkan diri, manakala dua mangsa yang berada di bilik sama gagal keluar.
- Operasi pemadaman melibatkan 20 anggota bomba dan berjaya mengawal api pada jam 5.55 pagi. Mayat kedua-dua mangsa ditemukan antara jam 7.13 hingga 7.33 pagi dan diserahkan kepada polis.
Katanya, seramai 20 anggotanya dengan dibantu BBP Lintas dan Penampang dikejarkan ke lokasi yang terletak sejauh 14 kilometer dari BBP Kota Kinabalu.
"Kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis kekal yang terbakar hampir keseluruhannya. Turut terbakar sebuah kenderaan Perodua Axia.
"Operasi memadamkan kebakaran segera dilakukan dengan menggunakan sumber air dari jentera dan tangki air sebelum api berjaya dikawal pada jam 5.55 pagi.
"Sebaik api berjaya dikawal, pemeriksaan lanjut di rumah berkenaan menemukan mangsa yang rentung iaitu seorang wanita warga emas ditemui pada jam 7.13 pagi manakala cucunya ditemui jam 7.33 pagi," katanya ketika dihubungi pada Selasa.
Katanya lagi, difahamkan ketika kejadian terdapat enam sekeluarga berada dalam rumah tersebut di mana empat daripadanya berjaya keluar manakala dua lagi terperangkap.
Kedua-dua mangsa dikatakan berada di bilik yang sama dan mereka tidak sempat keluar menyelamatkan diri," katanya.
Ordine berkata, operasi ditamatkan pada jam 8.43 pagi selepas memastikan tiada bahaya lain di lokasi tersebut.
"Mayat kedua-dua mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya. - Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami