awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Netflix tamatkan sokongan aplikasi untuk iOS 16

Amanz
Amanz
14/09/2024
07:40 MYT
Netflix tamatkan sokongan aplikasi untuk iOS 16
Aplikasi Netflix sedia ada masih boleh digunakan, tetapi tiada lagi versi baharu boleh dimuat turun.
ADAKAH anda pengguna iPhone X atau masih setia dengan iPhone 8? Jika ya, ini bermakna anda masih menjalankan iOS 16 dan secara perlahan anda sudah boleh bersiap sedia untuk menukar ke iPhone 16 yang lebih baharu.

Ringkasan AI
  • Netflix telah menghentikan sokongan aplikasi untuk iOS 16 dan iPadOS 16, yang menjejaskan peranti seperti iPhone 8, iPhone 8 Plus, iPhone X, iPad Pro generasi pertama, dan iPad generasi kelima.
  • Aplikasi Netflix sedia ada masih boleh digunakan, tetapi tiada lagi versi baharu boleh dimuat turun. Netflix masih boleh diakses melalui pelayar web seperti Safari.
  • Pengguna disaran bertukar kepada iPhone 16 yang lebih baharu, lebih murah, lebih canggih, dan lebih selamat.

Ini kerana semakin banyak aplikasi akan dihentikan sokongannya, lagi-lagi jika anda kerap menonton video di Netflix.
Terbaharu, Netflix telah menghentikan sokongan aplikasi untuk platform iOS 16 dan juga iPadOS 16.
Lima peranti yang terkesan adalah iPhone 8, iPhone 8 Plus, iPhone X, iPad Pro generasi pertama dan iPad generasi kelima yang tidak lagi akan menerima kemas kini baharu aplikasi Netflix.
Buat masa ini, aplikasi sedia ada masih boleh digunakan – cuma tiada lagi versi baharu boleh dimuat turun.
Jika anda ada masalah memuat turun Netflix di App Store, platform penstriman ini masih boleh diakses melalui pelayar web seperti Safari kerana sokongan DRM masih tidak dihentikan.
Kami sarankan untuk anda terus tukar ke iPhone 16 kerana ia lebih murah berbanding tahun lepas, lebih canggih dan lebih selamat. -Amanz
Topic Berkaitan
#Netflix
#henti sokongan
#iOS 16 dan iPadOS 16
#App Store
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan