SELEPAS Apple Inc. mengumumkan siri iPhone SE, media sosial tidak menunggu lama untuk ‘menyerang’ peranti tersebut dengan sindiran.

Kebanyakan netizen menyindir singkatan SE pada nama iPhone berkenaan sebagai ‘Still Expensive’ (masih mahal) merujuk kepada harga yang dianggap masih tidak setimpal dengan ciri yang ditawarkan oleh iPhone SE.

iPhone SE diumumkan bakal dijual di pasaran Amerika Syarikat pada harga $399 (RM1592) bagi storan 16GB dan $499 (RM1990) bagi storan 64GB.

Gelaran tersebut turut dikaitkan dengan keputusan Apple untuk mengekalkan rekabentuk yang telah digunakan oleh siri iPhone 5s tiga tahun lalu.

BACA: Apa yang anda perlu tahu mengenai produk terbaharu Apple, iPhone SE




iPhone SE bagaimanapun dilengkapi dengan spesifikasi yang menyamai iPhone 6s: paparan retina, cip pemproses A9, kamera 12 megapiksel, dan rakaman video 4K.

Dalam majlis pelancaran pada Isnin (waktu tempatan), Apple turut mengumumkan pelancaran iPad Pro bersaiz 9.7 inci dan menyatakan komitmen untuk terus melindungi privasi pengguna berikutan tuntutan FBI untuk memintas sistem keselamatan iPhone dalam kes tembakan San Bernardino.