KUALA LUMPUR: Gabenor Jeneral New Zealand Dame Cindy Kiro berkata New Zealand berminat untuk mempelajari lebih lanjut mengenai masyarakat Orang Asli di Malaysia, dan bagaimana kedua-dua negara boleh bekerjasama rapat dalam pelbagai bidang.
Kiro yang dalam rangka lawatan negara empat hari ke Malaysia bermula semalam berkata program perkongsian pengetahuan mengenai masyarakat Orang Asli meliputi pelbagai bidang seperti kesihatan, pendidikan, pelancongan, dan kepelbagaian bio.
"Saya berminat untuk melawat ke Gombak minggu ini, untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kehidupan Orang Asli dan bagaimana kita boleh bekerjasama dengan lebih erat lagi," katanya semasa berucap di majlis jamuan negara yang dihoskan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, di sini hari ini.
Turut hadir Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Terdahulu pagi ini Kiro diberikan sambutan negara di Istana Negara, yang menyaksikan ketibaan beliau bersama suaminya Dr Richard Davies, disambut oleh Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong.
Kiro berkata saling kaitan Orang Asli antara kedua-dua negara memberikan keistimewaan kepada hubungan New Zealand dan Malaysia, bermula sejak berabad-abad yang lepas apabila keturunan kaum Maori belayar dari rantau sebelah sini ke Polynesia, dan ke Aotearoa New Zealand.
"Sehingga hari ini terdapat hubungan budaya yang kukuh antara kita, terutamanya dengan penduduk Borneo. Kita lihat ada persamaan dalam tradisi kita, penceritaan, seni dan juga bahasa," katanya.
Beliau berkata kedua-dua negara turut meningkatkan kerjasama dalam mengharungi pelbagai cabaran bersama, seperti jenayah terancang rentas negara, memerangi keganasan dan membanteras ekstremisme ganas.
"Mengimbau kembali insiden tragis susulan serangan pengganas Christchurch pada 2019 yang turut mengorbankan rakyat Malaysia, kita dapat lihat sokongan kuat daripada Malaysia, baik daripada kerajaan mahupun rakyat. Terima kasih kerana berdiri di sisi kami semasa kami benar-benar memerlukan, dan kerjasama berterusan untuk membina komuniti yang selamat," katanya.
Lawatan Kiro mencerminkan kepentingan hubungan dua hala Malaysia-New Zealand yang telah lama terjalin dan kerjasama dalam pelbagai aspek, yang secara rasmi ditingkatkan ke tahap kerjasama strategik pada Mei 2023.
New Zealand ialah rakan dagangan kedua terbesar Malaysia di rantau Pasifik, dengan jumlah perdagangan antara kedua-dua negara mencecah RM6.32 bilion (AS$1.42 bilion) setakat Jun tahun ini, meningkat 15.3 peratus daripada RM5.48 bilion (AS$1.27 bilion) direkodkan dalam tempoh yang sama pada 2022.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 02 2023

Yang di-Pertuan Agong (kanan) berkenan bersama Gabenor Jeneral New Zealand Dame Cindy Kiro melihat spesies orkid baharu dinamakan Dendrobium Cynthia Kiro pada Istiadat Sambutan Negara di Istana Negara hari ini. - Foto Bernama

Beberapa artis jauhkan diri kerana fitnah di IG - Siti Nordiana
Siti Nordiana memberitahu Mahkamah Tinggi beberapa artis menjauhkan diri daripadanya, selepas kenyataan fitnah dibuat terhadapnya.

'Saya trauma, mahu tuntut keadilan' - Wahab
Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani mendakwa tindakannya membuat laporan polis adalah mahu membersihkan namanya dalam kes tular rakaman video perbualan berbaur lucah.

Kejam! 15 anak kucing direndam sampai mati
Persatuan Haiwan Malaysia menawarkan wang ganjaran RM5,000 bagi mengesan pihak yang bertanggungjawab membunuh dengan merendam mati 15 anak kucing yang dilaporkan berlaku di Pasar Borong Jerantut.

Lelaki terlepas hukuman mati, diganti penjara 20 tahun sebabkan kematian isteri
Mahkamah mengambil kira segala fakta termasuk hubungan perayu dengan mangsa sebagai suami isteri.

Kerajaan bakal tanggung kos rawatan penyakit EVALI RM369 juta setahun pada 2030 - Dr Zaliha
Kajian menunjukkan kos rawatan bagi penyakit EVALI adalah RM150,000 bagi setiap pesakit.

Ketua Pengarang Astro AWANI, Ashwad Ismail dipilih Presiden Iswami 2023-2025
Ketua Pengarang Astro AWANI, Ashwad Ismail dilantik sebagai Presiden Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia (Iswami) bagi tempoh 2023-2025.

Gantung, tamat projek HSR: Kes saman dua bekas PM 15 Disember ini
Pesuruhjaya Kehakiman, Roz Mawar Rozain menetapkan tarikh tersebut selepas mendengar hujahan daripada pihak Mohd Hatta Sanuri, 47, selaku plaintif dan pasukan defendan.
GXBank dilancarkan, berteras keterangkuman kewangan rakyat
GXBank, bank digital pertama Malaysia, telah melancarkan perkhidmatannya secara rasmi di negara ini.
Aplikasi bank itu kini tersedia untuk dimuat turun di Google Play Store dan Apple App Store, menawarkan rakyat Malaysia akses kepada rangkuman kewangan dan daya tahan.
Aplikasi bank itu kini tersedia untuk dimuat turun di Google Play Store dan Apple App Store, menawarkan rakyat Malaysia akses kepada rangkuman kewangan dan daya tahan.
Harga minyak sawit mentah dijangka meningkat menjelang 2024
Pasaran minyak sawit mentah (MSM) dijangka menunjukkan aliran harga menaik antara RM3,700 hingga RM4,100 bagi setiap tan menjelang 2024.
Alliance Bank umum untung lebih RM185 juta
Keuntungan bersih Alliance Bank Malaysia Bhd melonjak 17 peratus kepada RM185.33 juta bagi suku kedua berakhir 30 Sept 2023, naik berbanding RM158.42 juta yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun lepas.

New Zealand minat teroka peluang kolaborasi dengan Malaysia berkaitan Orang Asli
Gabenor Jeneral New Zealand Dame Cindy Kiro berkata New Zealand berminat untuk mempelajari lebih lanjut mengenai masyarakat Orang Asli di Malaysia.

Gabenor Jeneral New Zealand terima kunjungan hormat PM Anwar
Gabenor Jeneral New Zealand Dame Cindy Kiro, yang sedang dalam rangka lawatan negara menerima kunjungan hormat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hubungan dua hala Malaysia, New Zealand kini lebih kukuh - Agong
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah hubungan dua hala antara Malaysia dan New Zealand kini lebih kukuh.

Gabenor Jeneral New Zealand diberi sambutan negara di Istana Negara
Ketibaan Kiro bersama pasangannya Dr Richard Davies pada 11 pagi disambut Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong.