BELIAU melakar nama dan kejayaan di Hong Kong dalam puluhan filem komedi bersama Stephen Chow, namun Johor Bahru (JB) merupakan lokasi di mana pelakon legenda Ng Man Tat tinggal sebelum pemergiannya.
Memetik laporan portal AsiaOne, mendiang tinggal di JB bersama isteri yang juga warga Malaysia "bertahun lamanya."
Ng dilapor berkahwin dengan isterinya Hou Shan Yan yang juga naib juara pertandingan ratu cantik pada tahun 1996 dan tinggal di Malaysia sejak itu.
Pertemuan pada tahun 1993 ketika penggambaran "All's Well, Ends Well Too" di Singapura membawa kepada perkahwinan beliau dengan anak kelahiran Segamat itu.
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata - anak perempuan yang kini berusia 25 tahun dan anak lelaki berusia 18 tahun.
Ng dilapor pernah berkahwin dua kali, kali pertama pada usia 25 tahun dengan teman wanitanya Mak Lei Lei.
Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata perempuan.
Perkahwinan kedua Ng adalah dengan aktres TVB Lo Siu Chi pada tahun 1989, dan dikurniakan seorang anak perempuan.
Pasangan ini bagaimanapun bercerai pada tahun 1994.
Sepanjang bermastautin di Malaysia, Ng difahamkan hanya akan terbang ke luar negara sekiranya perlu menghadiri sesi penggambaran.
Hanya di saat-saat akhir usianya, Ng meluahkan hasrat untuk kembali ke Hong Kong.
Pelakon Shaolin Soccer itu pergi di usia 70 tahun pada Sabtu selepas bertarung nyawa dengan penyakit kanser hati yang dihidapinya.
BACA: Tiada lagi Ng Man Tat di sisi Stephen Chow Sing Chi
BACA: 'Mendiang rakan dan sahabat baik saya selamanya' - Stephen Chow sedih pemergian Ng Man Tat
Mendiang meninggal dunia dikelilingi isteri, anak-anak dan rakan karib.
Agensi
Tue Mar 02 2021
Ng dilapor berkahwin dengan isteri warga Malaysia, Hou Shan Yan pada tahun 1996 dan tinggal di Johor Bahru sejak itu. -Gambar imdb
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut langgar kenderaan keluar simpang
Kejadian berlaku melibatkan dua kenderaan iaitu motosikal berkuasa besar Honda CBR dan Mistubishi Pajero.
Media sosial Barat banyak temberang, hapuskan aplikasi mereka - Duta BRICS
Nasser berkata, untuk melemahkan doktrin Barat, perlu hapuskan aplikasi ciptaan mereka dan sokong media baharu yang adil dalam pelaporan.
Juadah Malaysia: Raikan nostalgia diaspora, pikat selera Kemboja di Phnom Penh
Juadah ini menyampaikan mesej yang mendalam, melangkaui sempadan dan membangkitkan rasa identiti Malaysia.
Dengan deria bau tajam, tikus Afrika kesan penyeludupan hidupan liar
Tikus besar ini menggunakan deria bau mereka yang tajam untuk membantu mengesan penyeludup dan melindungi spesies terancam.
Kerajaan Punjab, Pakistan tutup sekolah untuk kanak-kanak berisiko tinggi kerana kualiti udara memburuk
Pada Khamis, Lahore mencatatkan AQI sebanyak 201, mendorong kerajaan mengisytiharkan kabus asap sebagai 'bencana'.
Pemilik majoriti alu-alukan hasrat syarikat global mahu beli KDA FC
Beliau berkata kesediaan dan keberanian syarikat itu untuk membeli keseluruhan pegangan saham KDA FC amat dihargai.
Jerman akan tutup tiga konsulat Iran selepas pelaksanaan hukuman mati lelaki dua kerakyatan
Langkah ini melibatkan perwakilan Iran di Hamburg, Frankfurt dan Munich, namun tidak termasuk kedutaan di Berlin.
Operasi mencari diteruskan selepas ribut di Sepanyol ragut sekurang-kurangnya 158 nyawa
Sekurang-kurangnya 155 kematian direkodkan di Valencia, kawasan yang paling teruk terjejas.
Polis buru lelaki di Berlin selepas tinggalkan bahan letupan di stesen kereta api
Penyiasat terus mencari lelaki itu yang melarikan diri dari tempat kejadian di stesen kereta api Neukolln, selatan Berlin.
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dahului senarai penerima darjah, pingat kebesaran Perak
Syed Danial, 80 tahun, dianugerahkan darjah tertinggi negeri iaitu Darjah Dato' Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) yang membawa gelaran Datuk Seri.
Ng Man Tat menetap lama di Johor Bahru dengan isteri warga Malaysia sebelum pemergiannya
Pelakon Shaolin Soccer itu meninggal dunia pada usia 70 tahun pada Sabtu di sebuah hospital selepas bertarung nyawa akibat kanser hati.
Tiada lagi Ng Man Tat di sisi Stephen Chow Sing Chi
Portal Dim Sum Daily melaporkan, Ng, 70, telah meninggal dunia hari ini setelah bertarung nyawa akibat barah hati.