awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NGO belia disaran contohi ABIM - Syed Saddiq

Bernama
Bernama
20/10/2018
21:50 MYT
NGO belia disaran contohi ABIM - Syed Saddiq
SYED SADDIQ: ABIM telah mendapat penarafan lima bintang dari Kementerian Belia dan Sukan.
Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) belia disaran untuk mencontohi model pergerakan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), yang bukan sahaja menjadi suara lantang anak muda tetapi juga kekal relevan selama 47 tahun sejak penubuhannya.
Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata ABIM ialah antara pertubuhan yang mengangkat dan menerajui gerakan Islam yang progresif dan sederhana, selain berjaya melahirkan ramai pemimpin yang disegani di Malaysia.
"ABIM telah mendapat penarafan lima bintang dari Kementerian Belia dan Sukan dan kita memang mahu memberi penghargaan menerusi bantuan kewangan kepada pertubuhan itu.
"Sebagai menteri, saya bertanggungjawab untuk memberi apa sahaja bantuan dan dalam masa sama menjadikan pertubuhan ini sebagai contoh kepada NGO belia yang lain," katanya kepada media selepas Majlis Makan Malam Relawan Malaysia di sini pada Sabtu malam.
Syed Saddiq berkata ABIM perlu sentiasa komited menjadi benteng dan gerakan utama mempertahankan nasib anak muda, walaupun landskap politik di negara akan sentiasa berubah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ABIM
#Belia
#NGO
#Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan