awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NGO selaras bantuan banjir melalui BBNGO elak pertindihan

Bernama
Bernama
02/12/2025
00:10 MYT
NGO selaras bantuan banjir melalui BBNGO elak pertindihan
Mohd Rizal ketika menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di PPS Kedai Tanjong, Pasir Mas, 1 Dis 2025. --fotoBERNAMA
PASIR MAS: Badan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini digalakkan menyelaras pengagihan bantuan banjir melalui Pertubuhan Gabungan Bantuan Bencana NGO Malaysia (BBNGO) untuk memastikan setiap keluarga mangsa menerima keperluan asas secara seimbang serta mengelakkan pertindihan agihan di lokasi terjejas.
Penyelaras Projek Bantuan Banjir Monsun Timur Laut (MTL) BBNGO Prof Madya Dr Mohd Rizal Mohd Zain berkata penyelarasan bersama Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan agensi lain penting, khususnya pada peringkat awal operasi pemindahan ketika permintaan keperluan meningkat dan aliran maklumat di PPS bergerak pantas.
Beliau berkata pengalaman sejak banjir 2014 menunjukkan NGO yang bergerak tanpa maklumat rasmi sering menyebabkan pertindihan bantuan hingga ada PPS menerima agihan berulang manakala keluarga di lokasi lain tidak disenaraikan.
"Melalui rangkaian BBNGO isu ini dapat dikurangkan dan bantuan disusun dengan lebih teratur," katanya.
Mohd Rizal berkata setakat ini sebanyak 600 toto, 600 kain sarung batik, 600 kain pelikat, 50 kilogram buah-buahan serta 100 lampin pakai buang diagihkan hasil sumbangan Yayasan Hasanah dan SP Setia Foundation, dengan nilai keseluruhan bantuan fasa pertama MTL 2025 mencecah RM150,000.
Sebahagian bantuan turut disalurkan ke Perlis melalui rakan strategik NGO bergantung kepada situasi banjir semasa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#NGO
#banjir
#pertindihan
#bantuan bencana
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan