awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
HPUSM tawar pembelajaran teknologi robotik bagi pembedahan lutut
RPN 2026-2035 'reset' pendidikan negara, perkukuh laluan TVET
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

N.Gobalakrishnan ditahan reman selama empat hari

Astro Awani
Astro Awani
10/02/2015
11:18 MYT
N.Gobalakrishnan ditahan reman selama empat hari
Gobalakrishnan melalui twitternya pada Sabtu lalu mendakwa anggota polis Pulau Pinang menjaga kumpulan kongsi gelap Geng 04 yang berkaitan dengan dadah. - Gambar Fail
Bekas ahli parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan ditahan reman selama empat hari bermula hari ini oleh Mahkamah Majistret George Town, bagi membantu siasatan berhubung kenyataannya yang menuduh terdapat pegawai polis berketurunan India di Pulau Pinang melindungi kumpulan kongsi gelap melakukan aktiviti pengedaran dadah.
Perintah reman itu dikeluarkan oleh Pendaftar Mahkamah Majistret, Ahmad Tajuddin Zain, petang tadi.
Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut Supt Abdul Rahman Ahmad berkata pihaknya berharap dengan tempoh reman itu, polis dapat melengkapkan siasatan ke atas anggota parlimen dari PKR berumur 55 tahun itu.
"Mahkamah membenarkan bekas ahli parlimen itu ditahan reman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung tiga kertas siasatan yang telah polis buka.
Gobalakrishnan melalui twitternya pada Sabtu lalu mendakwa anggota polis Pulau Pinang menjaga kumpulan kongsi gelap Geng 04 yang berkaitan dengan dadah.
Dia ditahan di rumahnya di Kulim, Kedah kira-kira jam 3.50 petang Isnin untuk siasatan di bawah seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak memecahkan keamanan.
Kenyataan Gobalakrishnan itu mendapat reaksi Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang menyifatkan kenyataan itu sebagai satu tohmahan yang serius terhadap pasukan polis.
Dalam tweetnya kelmarin, Khalid berkata pihaknya akan menjalankan siasatan terhadap dakwaan tersebut.
Topic Berkaitan
#abdul rahman ahmad
#N.Gobalakrishnan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan