awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nik Aziz lebih rela Melayu Islam berpecah demi politik

Bernama
Bernama
09/05/2013
04:26 MYT
Nik Aziz lebih rela Melayu Islam berpecah demi politik
Tindakan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang terus menolak perpaduan Melayu melalui penyatuan Umno dan PAS menunjukan beliau lebih rela melihat orang Melayu beragama Islam berpecah demi kepentingan politik, kata Setiausaha Veteran Umno Datuk Mustapha Yaakub.
Beliau berkata jika pimpinan PAS berpegang kepada pendirian bekas menteri besar Kelantan itu dan berterusan menolak salam persahabatan Umno, perpaduan Melayu serta umat Islam dalam negara ini akan goyah dan seterusnya berkubur satu hari nanti.
"Veteran mengharapkan kepimpinan PAS akan menyedari bahaya yang menunggu ummah Melayu Islam di negara ini dan walaupun tanpa penyertaan Nik Abdul Aziz, perlu ada usaha ke arah penyatuan itu sebelum nasi menjadi bubur.
"Veteran ingin Nik Abdul Aziz mengingati maksud di sebalik pepatah Melayu 'air dicincang tak akan putus' dan 'sebusuk-busuk daging, dibasuh dimasak dimakan jua'," katanya kepada Bernama.
Nik Abdul Aziz pada Selasa lepas dilaporkan masih menolak penyatuan itu melainkan Umno membuang dasar kebangsaan dan menerima dasar Islam.
Mustapha berkata kenyataan itu jelas menunjukkan Nik Abdul Aziz sudah berkerat rotan berpatah arang dengan Umno dan dendam kesumatnya pada Umno tidak akan berakhir hingga ke akhir hayat.
"Jangan kerana dendam kesumat seorang individu kita ummah Melayu Islam seluruhnya tidak boleh bersatu dan berpecah belah. Setiap daripada kita perlu renung ini sedalam-dalamnya," katanya.
Topic Berkaitan
#mustapha yaakub
#Nik Aziz
#PAS
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan