GEORGE TOWN: Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh menafikan laporan yang dikeluarkan mengenai kenyataannya berhubung kenaikan harga barang.
Dalam satu kenyataan di Facebooknya pada Sabtu, Nik Zawawi menafikan ada mengeluarkan kenyataan yang memandang remeh terhadap kenaikan harga barang, malah menyifatkannya sebagai fitnah.
"Isu yang mengatakan saya memandang remeh terhadap kenaikan harga barang adalah satu fitnah yang sangat besar dan tidak sepatutnya dikeluarkan oleh mana-mana pihak di kalangan pemimpin," katanya.
Beliau bagaimanapun mempertahankan kenyataannya bahawa kerajaan memandang serius terhadap kenaikan harga barang di negara kita dan di dunia secara umumnya.
Dalam sidang akhbar yang diadakan pada Jumaat, selepas mengadakan lawatan ke Pusat Pengeluaran Benih Padi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Lahar Bubu, di sini, Nik Muhammad Zawawi menyatakan bahawa kerajaan akan terus mengambil pelbagai inisiatif untuk membantu rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah (B40) menangani kenaikan kos.
Beliau berkata, selain memberi subsidi, kerajaan turut menghulurkan bantuan tunai terus kepada golongan sasar untuk membantu mereka mengatasi kenaikan kos barangan keperluan.
Justeru, kenaikan harga barang tidak sepatutnya menjadi masalah besar kepada mereka (pengguna) berbanding rakyat dari negara lain kerana keadaan mereka lebih teruk berbanding Malaysia.
Berikut adalah kenyataan penuh Nik Muhammad Zawawi mengenai perkara tersebut setelah diajukan soalan mengenai harga siling ayam yang ditetapkan kerajaan.
Soalan wartawan:
Datuk, Persatuan Pengguna Pulau Pinang menyatakan harga siling ayam yang ditetapkan RM9.40 terlalu tinggi untuk golongan B40, jadi Datuk boleh komen berkenaan kenyataan tersebut?
Jawapan Nik Muhammad Zawawi:
"Harga ayam ini, bukan sahaja RM9 lebih, RM8 lebihpun, memberi kesan kepada B40. Tetapi kita kena ingat dan kita kena bersyukur, dalam negara kita ini, hari ini, satu-satunya negara di Asia Tenggara ini yang kerajaan mengeluarkan satu jumlah peruntukan yang besar dan kita bagi kepada golongan B40, ini subsidi atau bayaran tunai kepada mereka melalui akaun-akaun bank dan walaupun harga itu naik, tetapi kerajaan dah bagi duit, saya kira B40 pun, dia tidak menimbulkan masalah yang besar sangat berbanding dengan negara-negara lain.
"Kalau kita tengok macam Sri Lanka, macam banyaklah negara-negara seolah-olah rakyat dia ni nak sampai ke satu tahap macam nak buat demonstrasi besar-besaran.
"Dalam negara kita ni, kerajaan masih mempunyai kemampuan untuk membantu rakyat.
"Kita bagi subsidi, harga ayam masih kita kekalkan subsidi, harga telur pun mengekalkan subsidi dan kos sara hidup yang lain ini dibantu oleh pihak kerajaan dengan diberi kewangan secara tunai, yang terbaru ini, kita tambah RM100, maknanya daripada RM400 jadi RM500 kepada golongan B40 yang duduk dalam keluarga, yang berkeluarga, maknanya dapat ‘support’ daripada pihak kerajaan.
"Jadi kalau kita bercakap harga ayam ini naik, harga telur naik, kita tak subsidi tu, tak adillah, tak adil.
"Kita kena sebut belaka, kena sebut belaka kerana kita kena ingat, tidak ada satu kerajaan dalam dunia ini mampu membendung harga kenaikan harga barang, tak dak (ada).
"Cara yang kerajaan boleh olah, iaitu lah kerajaan bagi subsidi atau bantuan kepada pihak rakyat.
"Di Amerika naik, di mana-mana naik, harga barang ini melambung naik, bukan di Malaysia saja.
"Ini kena ingat, satu dunia melambung naik, tidak ada siapa yang boleh tahan benda ini, cuma di Malaysia ini, insya-Allah kerajaan peka dan kerajaan akan ambil inisiatif-inisiatif yang sewajarnya untuk kita bantu rakyat, insya-Allah." - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Jul 02 2022
Nik Zawawi menafikan ada mengeluarkan kenyataan yang memandang remeh terhadap kenaikan harga barang, malah menyifatkannya sebagai fitnah. -Gambar fail/Bernama
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 29 April 2024.
WEF gemakan wawasan, keterbukaan Malaysia melalui tiga hasrat
Malaysia mahu perkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha mengukuhkan jalinan kerjasama sedia ada.
Thailand-Brunei perkukuh kerjasama sempena ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-40 dalam hubungan diplomatik pada tahun ini, Thailand dan Brunei berharap dapat mengukuhkan lagi kerjasama dua hala dan meningkatkan kerjasama ekonomi.
Rangka manusia dijumpai di Gemas
Satu rangka manusia dijumpai di ladang kelapa sawit Felda Sungai Kelamah, Gemas, Tampin pada 2.10 petang hari ini.
Putera Mahkota Arab Saudi berhasrat adakan lawatan rasmi ke Malaysia akhir tahun ini - PM
Hasrat itu dizahirkan semasa dialog khas Putera Mahkota Arab Saudi itu bersama beberapa pemimpin negara lain di luar Mesyuarat Khas WEF 2024 pada Ahad.
10 Berita Pilihan - (29 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Selasa - 30 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
SC, IsDB jalin bersama majukan pasaran modal Islam dan kewangan sosial
SC hari ini memeterai MoU dengan IsDB, sekali gus membuka ruang kerjasama lebih erat dalam ICM dan meluaskan jangkauan teknologi kewangan (fintech) dan kewangan sosial Islam, terutama wakaf.
Hamidin sedia terima kritikan, terbuka dicabar
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin tidak terkecil hati dan sedia menerima kritikan mana-mana pihak termasuk bekas Timbalan Presiden FAM Khairy Jamaluddin.
Kelantan terus pulihara kesan tinggalan Perang Dunia Kedua - Exco
Beberapa lokasi telah dikenal pasti seperti kubu yang dibina tentera British di Kuala Gel, Bachok dan tapak warisan lain.
Batal lesen, permit bot sekiranya terbabit bawa pelacur - MAFI
MAFI akan mengambil tindakan tegas termasuk membatalkan lesen dan permit bot nelayan tempatan sekiranya terbabit dengan aktiviti membawa masuk pelacur warga asing ke negara ini.
Nik Zawawi nafi pandang remeh kenaikan harga barang
Beliau bagaimanapun mempertahankan kenyataannya bahawa kerajaan memandang serius terhadap kenaikan harga barang di negara kita dan di dunia secara umumnya.
Pemuda UMNO sindir Timbalan Menteri, dakwa 'sudah mati rasa'
Kenyataan Nik Muhammad Zawawi Salleh dianggap Asyraf Wajdi sebagai 'sudah mati rasa.'
Bekalan mencukupi, hentikan 'percaturan dan permainan' harga ayam - MAFI
Para pemain industri ternakan ayam di negara ini diingatkan supaya tidak meneruskan 'percaturan dan permainan' harga melalui pengurangan bekalan ayam.
Aidilfitri: Bekalan barang keperluan mencukupi - Zawawi
Jangan buat pembelian panik sehingga menyebabkan orang lain tidak dapat beli barangan keperluan.
MAFI tambah 30 peratus kuota pengeluaran bekalan makanan asas menjelang Aidilfitri
Semua pihak perlu bekerjasama dengan kerajaan dalam memastikan keperluan asas tersebut tidak disorok atau diseludup oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Nik Muhammad Zawawi mengaku dilantik Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas baharu
Ketua Dewan Ulamak Pas Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh hari ini mengesahkan beliau dilantik sebagai Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas yang baharu berkuat kuasa 20 Feb lepas.
Tok Bali bakal jadi pelabuhan hab halal sumber makanan di rantau Asia - Zawawi
Kerajaan bercadang untuk menjadikan Tok Bali sebagai pelabuhan hab halal sumber makanan di kawasan rantau Asia pada masa hadapan.
MAFI jamin harga barang keperluan asas kembali pulih dalam tempoh terdekat
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) memberi jaminan harga barangan keperluan asas akan kembali pulih dalam tempoh satu atau dua minggu lagi.