awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pencipta lagu P Ramlee dan Saloma nafi tiru lagu Nidji - "Persamaan mungkin ada tetapi..."
Siti Nurhaliza Ikon Seni Melaka, janji terus martabat lagu tradisi
Smart Tourism Melaka AI, pasport pelancongan perkukuh Tahun Melawat Melaka 2.0
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekalan mencukupi, hentikan 'percaturan dan permainan' harga ayam - MAFI

Bernama
Bernama
23/05/2022
08:38 MYT
Bekalan mencukupi, hentikan 'percaturan dan permainan' harga ayam - MAFI
Nik Muhammad Zawawi berkata masalah kekurangan bekalan ayam tidak sepatutnya berlaku kerana bekalan untuk pasaran tempatan sangat mencukupi. - Gambar fail
KUALA TERENGGANU: Para pemain industri ternakan ayam di negara ini diingatkan supaya tidak meneruskan 'percaturan dan permainan' harga melalui pengurangan bekalan ayam di pasaran dengan pelbagai alasan kerana tindakan itu sangat membebankan rakyat ketika ini.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata masalah kekurangan bekalan ayam di pasaran ketika ini tidak sepatutnya berlaku kerana pada asasnya, bekalan untuk pasaran tempatan adalah sangat mencukupi.
"Bila dikatakan berlaku bekalan ayam tidak mencukupi, ini bermaksud ada benda-benda tak betul yang wujud... Tidak dinafikan memang ada penyakit ayam dan beratnya tidak sesuai untuk dijual, namun situasi itu sentiasa berlaku sepanjang masa," katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Aidilfitri Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Terengganu di sini, hari ini.
Ayam | Tindakan tegas terhadap peniaga jual lebih harga kawalan
BACA: 'Kartel' henti operasi? 'Laporan kurang tepat, kebanyakan ladang sedia bekalkan ayam' - MAFI
Menurut beliau, pihaknya juga sedang bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna untuk meneliti mengapa perkara itu berlaku dan berharap pemain dalam industri ayam di negara ini dapat bersama-sama kerajaan membantu rakyat.
"Katakan contoh sebelum ini untung untuk seekor ayam ialah RM2, apa salahnya dalam situasi sukar ini mereka ambil untung RM1 namun konsisten untuk ternak ayam secara berpanjangan dan jangan ada percaturan harga," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bekalan ayam
#MAFI
#pemainan harga
#Nik Muhammad Zawawi Salleh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan