awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PGA Sarawak catat 23 kejayaan operasi, rampasan cecah RM35.31 juta
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MAFI tambah 30 peratus kuota pengeluaran bekalan makanan asas menjelang Aidilfitri

Bernama
Bernama
17/04/2022
01:30 MYT
MAFI tambah 30 peratus kuota pengeluaran bekalan makanan asas menjelang Aidilfitri
NIK MUHAMMAD ZAWAWI: Rakyat tidak perlu gusar dengan bekalan makanan asas kerana kerajaan sentiasa memantau dari semasa ke semasa. -Gambar fail/Bernama
PASIR PUTEH: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) akan menambah kuota pengeluaran bekalan makanan asas sebanyak 30 peratus terutama membabitkan ayam dan daging pada musim perayaan Aidilfitri bulan depan.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata pihaknya telah diberi jaminan oleh sektor industri terbabit bahawa bekalan makanan asas pada musim tersebut mencukupi.
"Rakyat tidak perlu gusar dengan bekalan makanan asas kerana kerajaan sentiasa memantau dari semasa ke semasa," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Jualan Keluarga Malaysia Parlimen Pasir Puteh, di sini, pada Sabtu.
Nik Muhammad Zawawi yang juga Ahli Parlimen Pasir Puteh berkata semua pihak perlu bekerjasama dengan kerajaan dalam memastikan keperluan asas tersebut tidak disorok atau diseludup oleh pihak tidak bertanggungjawab.
"Kita mahu pemborong dan peruncit tidak menyorokkan keperluan bekalan asas ini atau mengurangkan jualan mereka serta menyeludup ke sempadan negara jiran untuk mendapat keuntungan lebih.
"Jika didapati ada dalam kalangan mereka terlibat melakukan kesalahan ini, tindakan tegas akan diambil tanpa mengira status," katanya.
Sebelum ini, media melaporkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan terus mengadakan sesi libat urus dengan MAFI bagi memastikan isu kenaikan harga ayam tidak berlarutan sehingga menjelang hari raya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Pertanian dan Industri Makanan
#MAFI
#kuota pengeluaran bekalan makanan
#Nik Muhammad Zawawi Salleh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan