awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Batal lesen, permit bot sekiranya terbabit bawa pelacur - MAFI

Bernama
Bernama
07/07/2022
09:07 MYT
Batal lesen, permit bot sekiranya terbabit bawa pelacur - MAFI
Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata kementerian itu turut meminta pihak berkuasa membuat siasatan segera dan sekiranya mempunyai bukti yang mencukupi nelayan terbabit perlu didakwa mengikut undang-undang sedia ada. - Gambar fail/BERNAMA
PASIR PUTEH: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) akan mengambil tindakan tegas termasuk membatalkan lesen dan permit bot nelayan tempatan sekiranya terbabit dengan aktiviti membawa masuk pelacur warga asing ke negara ini.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata kementerian itu turut meminta pihak berkuasa membuat siasatan segera dan sekiranya mempunyai bukti yang mencukupi nelayan terbabit perlu didakwa mengikut undang-undang sedia ada.
"Sehingga kini, pihak kementerian belum menerima maklumat mengenai kegiatan itu. Perbuatan itu tidak seharusnya berlaku di dalam sebuah negara yang banyak menyediakan peluang pekerjaan dengan mudah kepada rakyat dalam pelbagai bidang tanpa perlu memilih pekerjaan yang keji.
"Tindakan tegas tanpa memilih bulu akan diambil bagi memberi pengajaran yang berguna kepada rakyat agar tidak melakukan perbuatan yang terkutuk itu pada masa hadapan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Agenda Nasional Malaysia Sihat Peringkat Daerah Pasir Puteh 2022 di sini hari ini.
Semalam, media melaporkan segelintir bot ikan besar yang dikaitkan dengan kartel perikanan, bukan sahaja terlibat menyeludup diesel bersubsidi untuk dijual secara haram kepada nelayan asing, malah disyaki melakukan aktiviti menyeludup pelacur wanita dari Vietnam ke negara ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Nik Muhammad Zawawi Salleh
#MAFI
#bot nelayan
#batal permit dan lesen
#pelacur warga asing
#Kementerian Pertanian dan Industri Makanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan