Nilai eksport produk makanan diproses meningkat kepada RM19.9 bilion pada tahun lepas berbanding RM18.01 bilion pada 2015, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Chua Tee Yong.
Beliau berkata antara produk makanan diproses ialah kopi, sos, koko, biskut dan marjerin.
"White Coffee antara produk yang memberi impak positif apabila ia mendapat sambutan yang baik daripada negara luar dengan nilai eksportnya mencecah RM1.2 bilion pada tahun lepas," katanya kepada pemberita selepas melawat Chek Hup Holdings Sdn Bhd di sini pada Isnin.
Katanya nilai eksport yang meningkat itu akan membantu menjana pendapatan syarikat pengeluar produk makanan tempatan sekali gus mengukuhkan kewangan dan kestabilan ekonomi negara.
Beliau berkata bagi meningkatkan eksport produk makanan yang diproses, bekalan yang konsisten amat penting untuk mengekalkan reputasi dalam sektor yang amat kompetitif.
Selain itu, katanya menjalankan penyelidikan dan pembangunan untuk menghasilkan produk dengan kualiti tinggi.
Chua berkata pihaknya melawat syarikat-syarikat pengeluar makanan untuk memberi bimbingan, sokongan dan mempromosi pinjaman bagi membantu mereka meningkatkan pengeluaran dan mengeksportnya ke luar negara.
Katanya penting bagi pihaknya untuk terus memberi penerangan mengenai peranan dan bantuan yang diberikan oleh kementerian dalam membantu usahawan tempatan khususnya yang baharu untuk menjalankan perniagaan.
"Saya lihat ada lagi syarikat yang tidak tahu mengenai peranan MIDF, MATRADE dan SME Corp kerana saya pernah membuat lawatan (syarikat), mereka tidak tahu untuk eksport mereka perlu berjumpa MATRADE dan untuk mendapatkan pinjaman, boleh melalui MIDF," katanya.
Chua berkata sejak penubuhan MIDF pada 1960, agensi itu telah membantu hampir 10,000 syarikat membabitkan jumlah pinjaman RM13.5 bilion di seluruh negara, dan RM800 juta daripadanya melibatkan 770 syarikat di Perak.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 21 2017
Beliau berkata bagi meningkatkan eksport produk makanan yang diproses, bekalan yang konsisten amat penting untuk mengekalkan reputasi dalam sektor yang amat kompetitif. - Gambar fail
Pantau Belanjawan: Memartabatkan perumahan sebagai hak asasi
Pengarah Kajian Khazanah Research Institute (KRI), Dr Suraya Ismail berbicang lanjut mengenai akses kepada perumahan yang menangani masalah ini melalui 'kesamarataan' manusia di Malaysia.
Tujuh maut dalam kebakaran hospital di Tamil Nadu
Sekurang-kurangnya tujuh orang dilaporkan maut manakala ramai lagi cedera dalam insiden kebakaran di sebuah hospital di Dindigul, Tamil Nadu, India.
AWANI Ringkas: Pengerusi ASEAN dan TMM 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pengasas Blogger, Twitter dan Medium lancar aplikasi sosial baharu Mozi
Melalui Mozi, pengguna boleh melakukan perancangan mereka di sesuatu lokasi seperti lokasi yang akan disinggah, atau acara yang akan disertai.
Buaya di Teluk Batik: PERHILITAN nasihat orang awam berwaspada
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu pada Khamis.
[TERKINI] Zii Jia, beregu negara melangkah ke separuh akhir
Pemain perseorangan profesional lelaki negara, Lee Zii Jia, mengesahkan tempat ke separuh akhir selepas mencatat kemenangan kedua dalam Kumpulan A Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China, hari ini.
Pemain nombor lapan dunia itu meneruskan prestasi cemerlangnya dengan menewaskan pemain nombor dua dunia dari Denmark, Anders Antonsen, 21-14, 21-19 dalam masa 47 minit di Gimnasium Olimpik Hangzhou.
Pemain nombor lapan dunia itu meneruskan prestasi cemerlangnya dengan menewaskan pemain nombor dua dunia dari Denmark, Anders Antonsen, 21-14, 21-19 dalam masa 47 minit di Gimnasium Olimpik Hangzhou.
Permohonan Geran Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India masih dibuka - Mitra
Lebih 200 badan bukan kerajaan dan syarikat telah memohon geran Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (PPSMI) 2025 yang dibuka sejak 2 Dis.
Fikir dahulu sebelum kongsi di media sosial - Pakar
Dengan kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024 di Dewan Rakyat, pengguna media sosial disarankan lebih bertanggungjawab dalam menggunakan platform tersebut bagi mengelak dikenakan tindakan undang-undang.
Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya, Profesor Komunikasi di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, menjelaskan bahawa maklumat yang dikongsi di media sosial akan kekal dirakam dalam sistem, menjadikannya mustahil untuk dihapuskan.
Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya, Profesor Komunikasi di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, menjelaskan bahawa maklumat yang dikongsi di media sosial akan kekal dirakam dalam sistem, menjadikannya mustahil untuk dihapuskan.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara pusat pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam bidang kecerdasan buatan (AI).
Anggaran pendapatan naik 12 peratus kepada RM1.67 bilion
Anggaran pendapatan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) pada 2025 meningkat 12 peratus kepada RM1.67 bilion dengan kutipan zakat disasarkan mencapai RM1.2 bilion.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd NaĆm Mokhtar ketika mengulas Bajet MAIWP 2025 pada Khamis berkata, anggaran perbelanjaan pula merekodkan RM1.67 bilion dengan perbelanjaan agihan RM1.34 bilion, pengurusan RM246 juta dan pembangunan RM87 juta.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd NaĆm Mokhtar ketika mengulas Bajet MAIWP 2025 pada Khamis berkata, anggaran perbelanjaan pula merekodkan RM1.67 bilion dengan perbelanjaan agihan RM1.34 bilion, pengurusan RM246 juta dan pembangunan RM87 juta.
Nilai eksport produk makanan diproses hampir cecah RM20 bilion pada 2016
Nilai eksport produk makanan diproses meningkat kepada RM19.9 bilion pada tahun lepas berbanding RM18.01 bilion pada 2015, kata Datuk Chua Tee Yong.