awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jeneral Rusia ditembak beberapa kali di Moscow
Pasukan forensik siasat lokasi serangan bom bunuh diri di masjid Islamabad
Lisa BLACKPINK bakal bintangi filem original Netflix baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nilai murni corak kehidupan masyarakat - Ketua Menteri Sabah

Syah Hairizal Kamalul Arifin
Syah Hairizal Kamalul Arifin
16/09/2020
06:24 MYT
Nilai murni corak kehidupan masyarakat - Ketua Menteri Sabah
Mohd Shafie ketika berucap pada sambutan hari Malaysia peringkat negeri Sabah tahun 2020 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, 16 Sept, 2020. --fotoBERNAMA
Generasi muda perlu diterapkan dengan nilai-nilai murni dalam usaha mencorakkan warna kehidupan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, selain nilai-nilai murni, perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang bangsa juga harus dipelihara bagi mengekalkan kemakmuran di negara ini.
"Ibu bapa menerapkan amalan-amalan dan perbuatan yang baik, seperti bantu-membantu, menghulurkan bantuan, tunjuk ajar kepada mereka yang memerlukan bimbingan, tanpa mengira bangsa dan agama.
"Dengan kepelbagaian suku kaum yang ada di negeri ini memperlihatkan betapa pentingnya kita sebagai sebuah negara menuju ke arah penyatuan masyarakat pelbagai kaum," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Sambutan Hari Malaysia Peringkat Negeri Sabah 2020 di sini hari ini.
Hadir sama, Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Norlidah RM Jasni.
Mohd Shafie menegaskan, sambutan Hari Malaysia adalah penting kerana ia akan dapat memupuk rasa kecintaan kepada negara.
"Perayaan ini sangat penting bagi menghargai negara Malaysia. Ia adalah penyatuan Persekutuan Tanah Melayu, wilayah Sabah dan Sarawak pada 1963.
"Dan ini merupakan manifestasi perpaduan di negara ini. Oleh itu, kita perlu sentiasa menjaga perpaduan tanpa berasaskan kaum dan agama," katanya.
Shafie turut mengingatkan seluruh rakyat Sabah agar sentiasa menjaga kesihatan dan keselamatan diri serta keluarga bagi mengelakkan penularan wabak COVID-19.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Hari Malaysia
#keluarga
#kerajaan
#keselamatan
#kesihatan
#Ketua Menteri
#koronavirus
#Kota Kinabalu
#Malaysia
#Mohd Shafie Apdal
#perpaduan
#rakyat
#Sambutan Hari Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan