awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kebakaran musnahkan ratusan tempat perlindungan di kem pelarian Rohingya di Bangladesh
Lebuh raya utama Mozambique terputus akibat banjir, angka korban cecah 106 orang
Parlimen Australia lulus undang-undang kawalan senjata, jenayah kebencian yang lebih ketat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nintendo eShop, Switch Online dilancar di Malaysia 18 Nov ini

Amanz
Amanz
15/10/2025
05:00 MYT
Nintendo eShop, Switch Online dilancar di Malaysia 18 Nov ini
Nintendo akan melancarkan perkhidmatan Nintendo eShop dan Nintendo Switch Online secara rasmi di Malaysia, Singapura dan Thailand pada 18 November ini. -Amanz
NINTENDO mengumumkan bahawa dua perkhidmatan utamanya, Nintendo eShop dan Nintendo Switch Online, akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia, Singapura dan Thailand pada 18 November ini, menurut kenyataan di laman rasmi syarikat itu.

Ringkasan AI
  • Nintendo akan melancarkan perkhidmatan Nintendo eShop dan Nintendo Switch Online secara rasmi di Malaysia, Singapura dan Thailand pada 18 November ini.
  • Nintendo eShop membolehkan pembelian permainan digital dan pengurusan langganan, manakala Switch Online menawarkan permainan klasik dan simpanan awan.
  • Filipina masih belum menerima pelancaran rasmi kerana perkhidmatan tersebut masih dalam peringkat perancangan.

Pelancaran ini amat dinantikan oleh peminat tempatan, khususnya selepas konsol Nintendo Switch 2 mula dijual pada Julai lalu.
Melalui Nintendo eShop, pengguna boleh membeli dan memuat turun permainan video secara digital, mendapatkan kandungan tambahan (DLC), serta menguruskan langganan Nintendo Switch Online.
Langganan Nintendo Switch Online pula membolehkan pengguna bermain secara dalam talian, mengakses koleksi permainan klasik daripada konsol terdahulu seperti NES, SNES dan Nintendo 64, serta menyimpan data permainan ke dalam Save Data Cloud.
Sementara itu, pengguna di Filipina masih perlu menunggu kerana pelancaran perkhidmatan tersebut di negara itu masih dalam peringkat perancangan. -Amanz
Topic Berkaitan
#Nintendo eShop
#Nintendo Switch Online
#Malaysia Singapura dan Thailand
#pembelian permainan digital
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan