awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
Sentimen industri pembuatan Singapura kekal positif di tengah-tengah tekanan global
Rasuah: Bekas Menteri Keadilan China dijatuhi hukuman penjara seumur hidup
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nintendo Switch 2 mungkin hadir dengan sokongan untuk permainan konsol pertama

Amanz
Amanz
15/02/2024
04:59 MYT
Nintendo Switch 2 mungkin hadir dengan sokongan untuk permainan konsol pertama
Cip pemprosesan akan datang dijangka dikuasakan oleh SoC Orin menggunakan cip pemprosesan grafik Ampere, yang diharapkan juga hadir dengan sokongan DLSS untuk olahan grafik yang cantik. -Amanz
Banyak ura-ura yang diperlihatkan mengenai konsol akan datang Nintendo, yang buat masa ini dinamakan Nintendo Switch 2.
Ramai yang menjangkakan bahawa ia akan diperlihatkan pada tahun ini, dan tampil dengan kemampuan grafik setaraf dengan banyak penawaran konsol mudah-alih hari ini.
Apa yang pastinya mahu diketahui ramai ialah sama ada konsol baharu ini masih boleh memainkan permainan-permainan Nintendo Switch sebelum ini.
Beberapa peniris maklumat berkaitan produk-produk Nintendo telah mengesahkan bahawa konsol baharu ini sedang diuji, dan salah satu daripada ujian tersebut ialah untuk melihat samada konsol baharu ini boleh menggerakkan permainan Nintendo Switch asal tanpa masalah.
Oleh kerana ini, ada juga pihak yang menjangkakan bahawa untuk mengekalkan keserasian antara generasi ini, konsol Nintendo Switch 2 akan sekali lagi dikuasakan oleh sebuah lagi cip pemprosesan NVIDIA.
Di mana Nintendo Switch asal menggunakan pemproses sistem dalam cip NVIDIA Tegra X1, cip pemprosesan akan datang dijangka akan dikuasakan oleh SoC Orin yang menggunakan cip pemprosesan grafik Ampere, yang diharapkan juga hadir dengan sokongan DLSS untuk olahan grafik yang cantik walaupun pada resolusi dan saiz paparan yang tidak begitu besar.
Seperti yang dikatakan, butiran khusus rasmi mengenai Nintendo Switch 2 masih tidak diumumkan lagi, tetapi ia sukar untuk membendung keterujaan mengenainya kerana ini adalah kali pertama konsol tersebut akan memperlihatkan penambahbaikan dari segi prestasi, dan menyokong penawaran perisian permainan generasi sebelumnya. -Amanz
Topic Berkaitan
#Nintendo Switch 2
#cip NVIDIA Tegra X1
#SoC Orin
#Ampere
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan