awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NIOSH seru syarikat pengangkutan awam, pemandu laksana KKP

Bernama
Bernama
09/06/2025
11:25 MYT
NIOSH seru syarikat pengangkutan awam, pemandu laksana KKP
NIOSH sedia tawar khidmat kepakaran melalui latihan, audit keselamatan kenderaan pengangkutan, penilaian risiko serta program kesedaran KKP.
KUALA LUMPUR: Pengurusan syarikat pengangkutan awam dan pemandu sebagai pekerja perlu melaksanakan langkah-langkah keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) bukan sahaja untuk memastikan keselamatan pekerja, tetapi juga penumpang.
Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) berkata pengurusan keselamatan dalam pengangkutan awam yang berfungsi sebagai entiti perniagaan juga tertakluk di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Pindaan 2022), yang mengkategorikan pengangkutan sebagai tempat kerja.
NIOSH turut bersedia menawarkan khidmat kepakaran melalui latihan, audit keselamatan kenderaan pengangkutan, penilaian risiko serta program kesedaran KKP kepada pengendali perkhidmatan pengangkutan awam.
"Usaha ini juga selari dengan aspirasi Pelan Induk KKP 2021-2025 (OSHMP25) yang bertujuanmewujudkan persekitaran kerja yang lebih selamat dan sihat kepada seluruh rakyat Malaysia," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sebagai agensi yang bertanggungjawab dalam KKP, NIOSH menyatakan keprihatinannya terhadap keselamatan orang awam yang menggunakan pengangkutan awam darat, termasuk bas ekspres dan bas sewa khas bagi tujuan perjalanan pelajar.
NIOSH dalam kenyataan sama turut merakamkan takziah kepada keluarga mangsa tragedi nahas bas sewa khas yang mengorbankan 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Raya Timur Barat berhampiran Gerik, Perak awal pagi tadi.
"NIOSH mendoakan agar semua mangsa yang cedera segera sembuh serta keluarga yang kehilangan insan tersayang diberi kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi detik sukar ini," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#syarikat pengangkutan awam
#langkah keselamatan
#KKP
#keselamatan
#NIOSH
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan