awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FEM 2026: Reformasi tatakelola bukan kempen mengejar tajuk berita, fasa sementara - PM Anwar
AirAsia perkenal laluan Kaohsiung-Osaka
Lelaki didakwa cuba sebabkan kematian, simbah petrol terhadap bekas teman wanita
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nippon Sushi nafi ada kaitan dengan pertubuhan yang tak patuhi undang-undang

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
12/09/2024
09:30 MYT
Nippon Sushi nafi ada kaitan dengan pertubuhan yang tak patuhi undang-undang
Nippon Sushi menafikan sekeras-kerasnya sebarang dakwaan yang mengaitkan syarikat mereka dengan entiti yang disebutkan - Foto Facebook Nippon Sushi
KUALA LUMPUR: Nippon Sushi Group (Nippon Sushi) menegaskan syarikat itu tidak mempunyai sebarang hubungan dengan pertubuhan yang terlibat dalam aktiviti yang tidak mematuhi undang-undang atau berlawanan dengan nilai masyarakat.
Sehubungan itu, Nippon Sushi menafikan sekeras-kerasnya sebarang dakwaan yang mengaitkan syarikat mereka dengan entiti yang disebutkan dipercayai Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISB).
"Antara nama-nama syarikat di bawah jenama Nippon Sushi termasuk Ar Raiyyan Sushi Sdn Bhd dan As Syakirin Sushi Sdn Bhd, dipilih berdasarkan nama anak-anak pengasas kami.
"Manakala, nama Al Ikhwan Sushi Sdn Bhd dipilih dengan maksud yang lebih mendalam, iaitu 'persahabatan' yang mencerminkan hubungan erat dan kerjasama yang kami bina dengan rakan-rakan pemegang saham lain," katanya dalam kenyataan itu pada Khamis.
Nippon Sushi menambah pihaknya komited menjalankan perniagaan dengan integriti, mematuhi semua peraturan serta undang-undang yang ditetapkan.
Francais makanan Jepun itu berkata matlamat Nippon Sushi adalah untuk menyediakan makanan yang memenuhi selera pelanggan, selain memastikan operasi sentiasa selaras dengan nilai dan prinsip yang murni.
"Sekiranya ada sebarang kekeliruan atau pertanyaan lanjut, pihak kami sedia untuk memberikan penjelasan dan maklumat yang lebih terperinci," kata Nippon Sushi.
Topic Berkaitan
#Nippon Sushi
#GISB
#Global Ikhwan
#aktiviti yang tidak mematuhi undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan