Nak tahu berapa banyak Nissan Almera sudah dijual semenjak ia diperkenalkan ke pasaran Malaysia pada Oktober 2012? Jawapannya: lebih daripada 56,000 unit. Jelas ia satu model yang cukup digemari, lebih-lebih lagi dengan harganya yang cukup memuaskan.
Semalam pula, Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ETCM) berkata bahawa model ini sudah diberi nafas baharu untuk tahun 2015. Ia kini diberikan bampar hadapan rekaan baharu, gril hadapan tiga dimensi, lampu utama multi-reflektor yang baru, perumah lampu kabus dengan kemasan krom, lampu isyarat membelok pada cermin sisi dan rim aloi berjejari-Y bersaiz 15 inci.
Semua ciri baharu ini digabungkan bersama kemasan krom, garis-garis yang kemas serta bahagian sisi lebar yang menjadikan Almera sebuah sedan yang bergaya dan elegan.
Almera yang diperkemaskini ini juga datang dengan stereng dilengkapi butang kawalan audio, Fine Vision Meter dengan Paparan Multi-Maklumat (MID) dan konsol tengah yang direka semula serta kemasan hitam piano. ETCM juga menawarkan sistem Navigasi Media berasaskan Android dengan skrin bersaiz 6.5 inci.
Varian Nismo Performance Package – yang membuat ‘global premier’ di Malaysia – membawa bersamanya bampar spoiler hadapan dan belakang, skirting sisi, trunk lid spoiler, rim aloi bersaiz 16 inci dengan tayar Continental, peredam ekzos sport serta sistem suspensi berprestasi tinggi.
Daripada itu, tiada perubahan yang diberikan kepada enjin 1.5-liter dengan CVTC.
Pakej Nismo Aero (RM9,000) | ||||
Bampar spoiler hadapan, bampar spoiler belakang, Skirting sisi, trunk lid spoiler, Aloi 16 inci, Tayar Continental Max Contact MC5 – 205/50R16 | ||||
Pakej Nismo Performance (RM14,000) | ||||
Bampar spoiler hadapan & belakang, Skirting sisi, trunk lid spoiler, Aloi 16 inci, Tayar Continental Max Contact MC5 – 205/50R16, Suspensi berprestasi tinggi, Peredam ekzos sport | ||||
Khas untuk meraikan ulang tahun Nismo yang ke-30, diskaun diberikan untuk pakej-pakej Nismo dengan setiap pembelian Almera baharu ini. Terdapat juga diskaun tambahan untuk pakej Elegance, pakej Navi dengan pemain DVD, dan pakej Navi dengan ketersambungan internet.
Pakej Elegance (RM750) | ||||
Plat kaki tahan karat, visor pintu, pelapik boot, pedal sport (untuk varian AT sahaja) | ||||
Pakej Navi + pemain DVD (RM6,000) | ||||
Skrin 6.5 inci dengan navigasi, Pemain DVD, Kamera undur, iPod, USB dan Bluetooth, Kemasan panel pintu kulit, Solar Gard Armorcoat | ||||
Pakej Navi + Ketersambungan internet (RM7,000) | ||||
Skrin 6.5 inci dengan navigasi dan ketersambungan internet, Pemain DVD, Kamera undur, iPod, USB dan Bluetooth, Kemasan panel pintu kulit, Solar Gard Armorcoat | ||||
Nissan Almera baharu varian E (manual) dijual dengan harga RM66,900; varian E (automatik) dengan harga RM69,900, RM76,900 untuk varian V; dan RM79,900 untuk varian VL.
Bermula 8 Januari 2015, ETCM juga sedang giat menjalankan siri jelajah ke seluruh negara pada lokasi-lokasi di bawah. Almera baharu juga dapat dilihat di sana.
Tarikh (2015) | Wilayah | Lokasi | ||||
6 - 11 Jan | Tengah | 1 Utama Shopping Centre, PJ | ||||
8 - 11 Jan | Utara | Village Mall, Alor Setar | ||||
9 - 11 Jan | Sabah | Giant, Tawau | ||||
14 - 18 Jan | Tengah | Alamanda, Putrajaya | ||||
15 - 18 Jan | Utara | Queensbay Mall, Pulau Pinang | ||||
16 - 18 Jan | Sabah | Center Point, Kota Kinabalu | ||||
18 - 24 Jan | Timur | Tesco, Kota Bahru | ||||
23 - 25 Jan | Sarawak | Star Megamall, Sibu | ||||
30 Jan - 1 Feb | Tengah | Paradigm Mall, PJ | ||||
30 Jan - 1 Feb | Sarawak | Imperial City Mall, Miri |