awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nissan perkenalkan model X-Trail dengan tambahan kit Impul

Astro Publication
Astro Publication
06/01/2016
09:25 MYT
Nissan perkenalkan model X-Trail dengan tambahan kit Impul
SUV Nissan X-Trail sekarang boleh dibeli lengkap dengan kit talaan Impul yang diperkenalkan Edaran Tan Chong Motor (ETCM). Kit daripada Impul ini merangkumi skirting sisi, spoiler hadapan dan belakang rekaan baharu, serta rim aloi Aura SX-50 bersaiz 18” bersama kemasan krom berwarna gangsa dan hitam berkilat.
Turut tersedia adalah gegelung spring khas yang merendahkan ketinggian SUV ini sebanyak 30mm, sekaligus memberi kualiti pemanduan yang lebih lincah. Penambahan visor pintu dan pemijak kaki tahan karat LED jelas melengkapkan lagi pakej tersebut. Ada dua varian X-Trail Impul yang boleh dipilih pembeli – 2.5L 4WD Premium Impul berharga RM172,516.42; selain 2.0L 2WD Premium Impul pada harga RM149,715.05 (di atas jalan termasuk insurans di Semenanjung Malaysia).
Pembeli juga boleh membeli komponen-komponen daripada kit Impul ini secara berasingan:
Komponen Harga
Aerokit (spoiler hadapan, belakang dan skirting RM5,300
Spring Impul RM1,060
Aloi 18” Aura SX-50 18” (4 unit) RM5,830
Tayar Continental MaxContact MC5 (4 biji) RM2,756
Visor Pintu RM424
Plat Pemijak Kaki LED RM530
Jumlah RM15,900
Topic Berkaitan
# etcm
# Impul
# Tan Chong
# X-Trail
#Nissan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan