awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
Presiden Persatuan Sepak Takraw Thailand letak jawatan
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nizam Mydin dilantik Setiausaha Dewan Rakyat baharu

Astro Awani
Astro Awani
14/05/2020
07:28 MYT
Nizam Mydin dilantik Setiausaha Dewan Rakyat baharu
Bekas Timbalan Setiausaha Bahagian, Seksyen Hal Ehwal Perlembagaan di Jabatan Perdana Menteri itu menggantikan Riduan Rahmat. - Gambar Fail
Nizam Mydin Bacha Mydin dilantik sebagai Setiausaha Dewan Rakyat yang baharu berkuatkuasa 13 Mei 2020.
Bekas Timbalan Setiausaha Bahagian, Seksyen Hal Ehwal Perlembagaan di Jabatan Perdana Menteri itu menggantikan Riduan Rahmat.
“Pelantikan baharu ini bagi menggantikan Riduan Rahmat yang akan bertukar tugas sebagai Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Dewan Negara.
“Bagi pihak kerajaan dan Parlimen, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Encik Riduan Rahmat atas segala khidmat dan sumbangan sepanjang tempoh memegang jawatan sebagai Setiausaha Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia Yang Ke-13 sejak 22 Februari 2020 yang lalu,” menurut satu kenyataan dikeluarkan Dewan Rakyat pada Khamis.
Berasal dari Selangor, Nizam adalah graduan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dari Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana Undang-undang dari Universiti Monash, Australia.
Ketika ini beliau sedang mengikuti pengajian Ph.D Undang-undang pengkhususan dalam bidang Parlimen di Fakulti Undang-undang di Universiti Malaya.
Beliau juga telah berkhidmat dalam beberapa perkhidmatan awam pada 2005 di Jabatan Perdana Menteri sebelum menjadi Peguambela, Peguamcara dan Peguam Sharie selama tiga tahun.
Jawatan terakhir beliau sebelum pelantikan baharu itu ialah Timbalan Setiausaha Bahagian, Seksyen Hal Ehwal Perlembagaan dan Parlimen, Bahagian Kabinet, Perlembangaan dan Perhubungan Antara Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri.
.
.
Topic Berkaitan
#Dewan Negara
#Dewan Rakyat
#Nizam Mydin
#Perdana Menteri
#Riduan Rahmat
#Setiausaha Dewan Rakyat
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan