awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'No double standard' - Keputusan laporan sampel anak Mat Sabu akan dipercepat

Fareez Azman
Fareez Azman
09/01/2019
11:38 MYT
'No double standard' - Keputusan laporan sampel anak Mat Sabu akan dipercepat
Tindakan itu diambil meskipun berdepan kritikan netizen dan orang ramai berhubung tempoh yang diperlukan bagi mendapat keputusan itu.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim hari ini menjelaskan pihaknya telah membuat permohonan kepada Jabatan Patologi Hospital Kuala Lumpur agar mempercepatkan ujian dan keputusan laporan sampel air kencing Ahmad Saiful Islam yang ditahan disyaki positif ganja bagi menyiapkan kertas siasatan.
Ahmad Saiful yang ditahan minggu lalu merupakan anak Menteri Pertahanan Mohamad Sabu yang ditahan selepas disyaki positif ganja di sebuah kelab malam di ibu negara.
Jelasnya, tindakan itu diambil meskipun berdepan kritikan netizen dan orang ramai berhubung tempoh yang diperlukan bagi mendapat keputusan itu.
BACA: Anak Mat Sabu ditahan positif ganja
BACA: 'Anak saya sama seperti anak orang lain,' Mat Sabu serah pada pihak berkuasa
Manurut Mazlan, keputusan itu mengambil masa disebabkan jumlah kes membabitkan ujian air kencing yang banyak perlu dilakukan oleh Jabatan Patologi Hospital berkenaan.
BACA: Anak Mat Sabu dibebaskan dengan jaminan polis
“Kita sedang tunggu laporan patologi dari Hospital Kuala Lumpur, sampel urin telah pun dihantar dan kita dah memohon untuk cepatkan keputusan urin berkenaan.
“Orang buat sindiran kata keputusan (urine) akan sampai tiga bulan baru dapat, sebenarnya tangkapan kita sehari mencecah sehingga 60 orang, jadi bila 60 orang positif, maka hari-hari kita akan hantar urine ke lab (makmal). Kita tidak boleh cakap berapa lama sebab ini atas makmal. Makmal yang tentukan kalau cepat tiga minggu. Apa yang kita minta agar disegerakan,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas program High-Profile Policing HPP di Pasar Chow Kit pada petang Rabu.
Ahmad Saiful Islam Mohamad, 31 tahun ditahan di sebuah pusat hiburan eksklusif di Jalan Ampang pada 5 Januari lalu kerana disyaki positif ganja.
Topic Berkaitan
#Ahmad Saiful Islam
#ganja
#Makmal
#Mat Sabu
#Mohamad Sabu
#positif dadah
#pusat hiburan
#sampel air kencing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan