Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Tan Sri Noh Omar mengingatkan ejen Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Selangor supaya lebih beretika dan tidak menyalahgunakan kuasa ketika menjalankan tugas sepanjang proses Pilihan Raya Umum ke-14 berlangsung.
Beliau berkata sebagai ejen SPR tidak bermakna mereka bebas melakukan apa sahaja termasuk turut berpolitik.
"Malam tadi ketika saya berucap dalam satu majlis yang dianjurkan Badan Pengurusan Bersama (JMB) sebuah kawasan perumahan di Kajang, saya diminta untuk berhenti berucap kerana didakwa tidak mengikut peraturan sebelum diarahkan menunjukkan permit ceramah kepada ejen tersebut.
"Tidak cukup dengan itu, ejen terbabit turut meminta permit hiburan susulan kami menayangkan skrin ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," kata pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor itu kepada pemberita selepas merasmikan Kolej Komuniti Kuala Selangor di sini, hari ini.
Turut hadir, calon BN kawasan Parlimen Kuala Selangor Datuk Seri Irmohizam Ibrahim.
Noh berkata tindakan ejen tersebut dilihat sengaja menimbulkan provokasi kerana beliau hadir ke majlis tersebut atas kapasiti menteri KPKT.
"Saya hadir ke majlis itu kerana kementerian saya sebelum ini telah meluluskan peruntukan berjumlah RM1.2 juta untuk membaik pulih lif di kawasan perumahan tersebut.
"...dan kenapa pula saya perlu menunjukkan permit ceramah sedangkan ia tidak terpakai ketika kempen pilihan raya umum," katanya.
Menurut Noh, sikap tidak profesional ejen SPR itu akhirnya memalukan diri apabila dihalau penduduk setempat kerana memasuki kawasan perumahan berpagar tanpa kebenaran.
"Ejen SPR ini yang juga kakitangan PBT (Pihak Berkuasa Tempatan) kalau mahu berpolitik dengan berpaksikan kerajaan negeri, baik berhenti menjadi ejen.
"Pikullah amanah dengan betul, jangan cuba nak tunjuk kuasa," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 03 2018
Noh berkata tindakan ejen tersebut dilihat sengaja menimbulkan provokasi kerana beliau hadir ke majlis tersebut atas kapasiti menteri KPKT. - Gambar fail
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Cenderahati produk Tenun Pahang Diraja tersedia di Kuantan 188
Di Kuantan 188 juga, para pelancong boleh menikmati pemandangan panorama bandar dan Sungai Kuantan.
[INFOGRAFIK] Kerugian Banjir 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan kerugian banjir 2024.
Hubungan erat Malaysia-Denmark tawar manfaat kepada tenaga kerja
Pembukaan semula Kedutaan Denmark bantu tingkat kerjasama dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
[INFOGRAFIK] Buat Pilihan Lebih Baik Demi Malaysia Yang Lebih Hijau Dan Lestari
Berikut adalah info berkenaan dengan membuat pilihan lebih baik demi Malaysia yang lebih hijau dan lestari.
Siang "concierge", malam "Doktor Mayat" - Kisah Muslimah pertama pengawet jenazah di Singapura
Kisah Zainab Ash Shughra Amer, Muslimah pertama yang menjadi pengawet jenazah - juga satu-satunya buat masa ini - di Singapura.
Sistem politik penuhi aspirasi rakyat penting bagi Syria
Penentuan masa depan Syria masa depan melalui sistem politik yang memenuhi aspirasi rakyat negara itu adalah penting bagi mengekalkan kestabilan politik.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Netanyahu, Katz adakan tinjauan di Bukit Golan
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, melalukan tinjauan di Bukit Golan pada Jumaat ketika tentera Israel meluaskan kawalan mereka ke puncak Gunung Hermon, kawasan strategik yang bersempadan dengan Syria.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Rusia pindah peralatan ketenteraan dari Syria
Rusia dilaporkan sedang mengemas peralatan ketenteraannya di pangkalan udara di wilayah pesisir Latakia, Syria, selepas penggulingan Presiden Bashar al-Assad oleh pemberontak hujung minggu lalu.
Imej satelit yang dikeluarkan menunjukkan sekurang-kurangnya dua pesawat, antara pesawat kargo terbesar di dunia, berada di pangkalan tersebut dengan bahagian hadapan pesawat terbuka untuk pemuatan peralatan.
Imej satelit yang dikeluarkan menunjukkan sekurang-kurangnya dua pesawat, antara pesawat kargo terbesar di dunia, berada di pangkalan tersebut dengan bahagian hadapan pesawat terbuka untuk pemuatan peralatan.
PRK Nenggiri: BN tumpu kempen akar umbi berbanding ceramah besar-besaran - Ahmad Maslan
Barisan Nasional (BN) mengambil pendekatan menumpukan kepada kempen dari rumah ke rumah berbanding ceramah besar-besaran pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri.
BN nafi keluar kenyataan tidak benar empat individu tampil di PRK Nenggiri
BN berkata kenyataan palsu seperti itu adalah mainan politik untuk memecah belah perpaduan di dalam kerajaan sekarang.
Ceramah tumpuan malam kemuncak piket solidariti Palestin
Selain ceramah, antara pengisian lain ialah persembahan muzik dan pameran gegantung mempamerkan sejarah penindasan Israel.
PRK Pelangai: Polis Pahang rakam keterangan Muhammad Sanusi
Polis Pahang telah merakamkan percakapan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor, difahamkan berhubung kenyataan dibuat semasa ceramah pada 22 Sept lepas.
PRN: Dihalau dari ceramah PN, Dominic tak kecil hati
Dominic Lau tidak berkecil hati terhadap insiden yang menimpa dirinya itu selepas dihalau daripada menghadiri ceramah mega Perikatan Nasional (PN) di Permatang Sungai Dua.
PRN: 'Jangan sentuh 3R, mohon permit sebelum ceramah, kempen, walkabout' - KPN
Tan Sri Razarudin Husain mengingatkan semua parti politik agar memohon permit sebelum mengadakan sebarang kempen, ceramah mahupun walkabout.
PRN: Elak ceramah politik bangkitkan kemarahan, kebencian - Ahli akademik
Semua pihak yang terlibat dalam pilihan raya juga perlu berhati-hati agar tidak menjalankan kempen yang berbentuk mencipta kebencian.
Jangan jadikan masjid, surau di Negeri Sembilan pentas ceramah politik - MB
Ia bagi memastikan institusi berkenaan tidak disalah guna selain menjaga keharmoniannya, sekali gus memelihara kesucian agama Islam.
Jakim siasat pegawai didakwa hentam kerajaan
Jakim telah memanggil pegawainya untuk siasatan lanjut susulan penularan sebuah klip video ceramah yang berbaur kebencian.
Wakil rakyat ada tauliah dilarang ceramah di masjid, surau di Perak
Larangan itu selaras dengan titah Sultan Perak mengenai larangan terhadap orang politik.