KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) meminta agar Pernas, Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk bekerjasama dalam menyelaraskan konsep francais supaya dapat memudahkan urusan latihan, pembiayaan dan geran usahawan francais.
Menterinya, Tan Sri Noh Omar berkata, selaku Menteri, adalah menjadi tanggungjawab beliau untuk bekerjasama dengan semua golongan yang terbabit dalam keusahawanan selari dengan aspirasi cogan kata Keluarga Malaysia.
“Saya yakin bahawa usaha terancang dan bersepadu kita pada hari ini akan membuahkan hasil untuk mewujudkan bangsa usahawan dan Keluarga Malaysia yang makmur,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Business In Transformation (BIT) & Franchisor Engagement (BITFE) pada Rabu.
Program BIT atau Transformasi Perniagaan membantu peniaga kecil ke arah perniagaan francais, ia telah merangsang pertumbuhan model-model perniagaan ekonomi baharu, unik dan berdaya maju sekaligus memberi banyak pilihan kepada pengguna.
Turut hadir, Timbalan Menteri MEDAC, Muslimin Yahaya; Ketua Setiausaha MEDAC, Datuk Suriani Datuk Ahmad; Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Usahawan) MEDAC Datuk Zamri Salleh; dan Ketua Pegawai Eksekutif Pernas Mohd Hilaluddin Abd Shukor.
Sementara itu, Pengerusi Pernas Datuk Zakaria Mohd Edris berkata Pernas menyediakan Program RECURVE yang menawarkan dana tambahan kepada usahawan bagi memulihkan perniagaan mereka.
Menurut beliau, sebanyak RM20 juta diperuntukkan bagi tujuan ini yang akan memberi manfaat kepada lebih 350 orang usahawan francais Pernas sedia ada.
“Pernas juga menyediakan moratorium kepada peminjam yang layak bagi semua pembiayaan selama enam bulan dengan jumlah keseluruhan moratorium yang diluluskan adalah kepada 337 usahawan sebanyak RM9.32 juta.
“Sehingga kini, Pernas telah mengeluarkan lebih daripada RM376 juta untuk membiayai 1,954 usahawan dan pada tahun ini, Pernas telah membiayai sebanyak RM16.9 juta kepada 55 usahawan,” katanya.
*Artikel asal di DagangNews.com
Dagang News
Thu Oct 28 2021
Noh berkata selaku Menteri, adalah menjadi tanggungjawab beliau untuk bekerjasama dengan semua golongan yang terbabit dalam keusahawanan selari dengan aspirasi cogan kata Keluarga Malaysia. -Gambar fail
Dua anggota polis maut diserang lelaki bertopeng di Balai Polis Ulu Tiram
Seorang lagi lelaki yang dipercayai suspek juga meninggal dunia dalam kejadian sekitar pukul 2.54 pagi itu.
Penoreh getah menggeletar seluruh badan dimaklum jadi jutawan
Seorang penoreh getah terpilih menjadi jutawan Bank Simpanan Nasional (BSN) Sijil Simpanan Premium (SSP) bagi tahun ini.
Gen Z mahu aturan kerja fleksibel
Sim berkata, yang penting ialah kerja dapat dilakukan dengan berkesan dan cekap, bukannya dalam jangka masa atau persekitaran ditetapkan.
Kelantan Darul Naim FC, GTR Burger jalin kerjasama pintar
Menurut kelab itu, pihak pengurusan KDN FC diwakili presidennya, Rozi Muhamad manakala GTR Burger pula pengerusinya, Nordin Mat.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [17 Mei 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry
- KPM umum enam inisiatif antaranya lonjak kapasiti guru digital
- Pokok tumbang hempap 2 kereta, pemandu ditemui selamat
- Dr Dzulkefly arah tempat segera doktor pelatih ke hospital
#AWANInews #AWANIPagi
- KPM umum enam inisiatif antaranya lonjak kapasiti guru digital
- Pokok tumbang hempap 2 kereta, pemandu ditemui selamat
- Dr Dzulkefly arah tempat segera doktor pelatih ke hospital
#AWANInews #AWANIPagi
Tinjauan NHMS mendapati 10% rakyat Malaysia tidak dapatkan rawatan atas faktor kewangan
Sebanyak 12.9% melaporkan bahawa ia adalah kerana rawatan terlalu mahal, tidak mampu dibeli, atau kerana kekurangan wang.
Haji: Seramai 5,790 jemaah Malaysia telah tiba di Tanah Suci
Sehingga semalam, 5,790 orang daripada 31,600 jemaah haji Malaysia yang dapat tawaran selamat tiba di Mekah dan Madinah.
Banjir kilat melanda beberapa kawasan di Perak
106 mangsa banjir dipindahkan ke lima PPS susulan hujan lebat malam tadi di Perak. Credit: JBPM Perak
Banjir kilat di Kulim dan Bandar Baharu
Seramai 133 mangsa banjir kilat dipindahkan ke dua PPS yang diaktifkan di Kedah. - Credit APM Kedah
Seorang maut, nahas tiga lori di Lebuhraya PLUS, laluan arah selatan terhalang
Ekoran kemalangan itu, sebuah lori melintangi jalan dan semua lorong terhalang, menyebabkan aliran trafik terhenti sepanjang 13 kilometer.
PUNB peruntuk RM5 juta, sasar lebih 300 peserta JumPER tahun ini - Acryl Sani
Pertambahan jumlah pembiayaan itu adalah susulan kejayaan peserta JumPER sebelum ini dalam bidang keusahawanan diceburi masing-masing.
Bekas Ketua Polis Negara Acryl Sani dilantik Pengerusi PUNB berkuat kuasa hari ini
PUNB mengumumkan pelantikan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani sebagai pengerusinya berkuat kuasa hari ini.
PUNB sasar 15 syarikat Rakan Usahawan PUNB sertai Program Petronas Autoexpert tahun ini
PUNB menyasarkan 15 syarikat Rakan Usahawan PUNB dalam bidang automotif untuk menyertai Program Petronas AutoExpert pada tahun ini.
PUNB perkenal sistem dalam talian 'e-mohon' untuk permohonan pembiayaan perniagaan
Sistem tersebut dapat memudahkan pemohon, selain mempercepat dan meningkatkan kecekapan proses permohonan.
PUNB berjaya bangunkan 11,564 usahawan Bumiputera sejak ditubuhkan
Sebanyak 11,564 usahawan Bumiputera melibatkan 8,086 buah syarikat telah berjaya dibangunkan dengan jumlah kelulusan pembiayaan sebanyak RM3.5 bilion sejak penubuhan PUNB.
Noh minta Pernas, PUNB, KPDHEP bekerjasama selaraskan konsep francais
Noh berkata selaku Menteri, adalah menjadi tanggungjawab beliau untuk bekerjasama dengan semua golongan yang terbabit dalam keusahawanan selari dengan aspirasi cogan kata Keluarga Malaysia.
PUNB tawar moratorium penuh pembiayaan perniagaan, tambahan diskaun sewa premis perniagaan
PUNB menawarkan pemberian moratorium penuh ke atas prinsipal dan keuntungan kepada Rakan Usahawan yang layak dan tambahan diskaun sewa kepada penyewa premis perniagaan PUNB.
Ahmad Nazlan Idris dilantik pengerusi PUNB
Datuk Ahmad Nazlan Idris dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) berkuat kuasa 15 Okt 2021.
PUNB tawar skim pembiayaan baharu untuk individu diberhentikan kerja
SPUR terbuka kepada semua individu bumiputera berusia antara 18 tahun hingga 55 tahun yang hilang pekerjaan ekoran penularan pandemik COVID-19.
PUNB lantik Izwan Zainuddin sebagai CEO baharu
Pelantikan Izwan adalah bagi menggantikan Datuk Azhar Haji Ahmad yang meletak jawatan pada 15 Okt 2018.