Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar akan menarik balik saman fitnah terhadap kerajaan Selangor dan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekinchan Ng Sue Lim yang
difailkan pada 14 Mac 2012.
Beliau berkata tindakan itu diambil setelah berpuas hati dengan penjelasan yang dibuat oleh kedua-dua pihak terbabit seperti yang disiarkan dalam akhbar milik kerajaan negeri itu, Selangor Kini edisi 16-23 Ogos 2013.
"Saya akan tarik balik saman fitnah ini selepas berpuas hati dengan penjelasan dan seperti yang dipersetujui bersama.
"Bukan nilai saman yang penting sebaliknya maruah dan kredibiliti saya yang difitnah oleh pihak terbabit," katanya dalam sidang media pada Majlis Rumah Terbuka Parlimen Tanjong Karang di sini malam tadi.
Noh yang juga Anggota Parlimen Tanjong Karang memfailkan saman fitnah itu selepas kerajaan Selangor melalui akhbar rasminya Selangor Kini keluaran 25 Nov-2 Dis 2011 yang menerbitkan dua artikel yang berbaur fitnah berbunyi, "Pesawah Tuntut Noh Omar Letak Jawatan" dan artikel yang menyiarkan kain rentang, "Noh Omar Khianat Petani dan Lesap RM110 juta Untuk Bantuan Petani."
Beliau berkata tindakan saman fitnah itu diambil kerana dakwaan yang dibuat oleh pihak berkenaan boleh menjatuhkan reputasinya yang pada ketika itu sebagai anggota parlimen, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor.
"Saya berharap supaya pihak terbabit akan lebih berhati-hati selepas ini dalam mengeluarkan atau membuat kenyataan yang tidak tepat dan boleh memburukkan seseorang," katanya.
Noh berkata penjelasan yang dibuat jelas menunjukkan beliau berada di pihak yang benar dan dakwaan yang dibuat tidak berasas.
"Saya gembira kerana walaupun pelbagai dakwaan dibuat terhadap saya termasuk isu kolam udang yang berusia lebih 20 tahun namun penduduk Tanjong Karang masih menyokong dan memberikan majoriti lebih besar kepada saya pada pilihan raya umum lepas," katanya.
Bernama
Sun Aug 18 2013
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
BDDA peruntuk RM60 juta perhebat transformasi Bukit Saban sebagai hab pengeluaran makanan - Uggah
Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) akan memperuntukkan sebanyak RM60 juta tahun depan untuk memperhebat usaha menjadikan kawasan DUN Bukit Saban sebagai hab pengeluaran makanan.
DUN Sabah dijangka dibubarkan pada Ogos 2025 - Ruddy Awah
Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dijangka dibubarkan pada Ogos 2025 bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17).
Peruntukan RM60,000 ADUN pembangkang Pulau Pinang kekal bagi tahun 2025
Kerajaan Pulau Pinang memperuntukkan RM60,000 kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang bagi tahun 2024, dan jumlah itu akan dikekalkan tahun 2025, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Rasuah ADUN: Peguam individu terlibat sebar video pernah bertemu SPRM minta perlindungan
Peguam individu terlibat dengan penyebaran video yang didakwa berkaitan isu rasuah melibatkan seorang ADUN pernah mengadakan pertemuan dengan SPRM untuk mendapatkan perlindungan.
Contohi tindakan Hajiji serah siasatan isu rasuah kepada SPRM - Ahmad Zahid
Tindakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan rasuah membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah harus dicontohi.
Woo Kah Leong tawar diri bertanding sebagai calon Ketua DAPSY kebangsaan
ADUN Pasir Bedamar Woo Kah Leong menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon Ketua DAPSY pada pemilihan parti itu yang akan berlangsung pada 17 November ini.
Tiada aduan dakwa ADUN bincang rasuah ratusan ribu ringgit - Azam Baki
Tiada sebarang aduan diterima berkaitan rakaman audio didakwa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang membincangkan rasuah bernilai ratusan ribu ringgit setakat ini.
Hamzah Zainudin bertanding Timbalan Presiden Bersatu
Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin, disahkan bertanding jawatan Timbalan Presiden Bersatu dalam pemilihan parti yang dijadualkan berlangsung pada Oktober ini.
Penduduk Kampung Kerinting mohon jambatan gantung rentas Sungai Ketil dinaik taraf
Lebih 1,000 penduduk Kampung Kerinting memohon agar jambatan gantung yang digunakan untuk menyeberangi Sungai Ketil dibaik pulih dengan segera.
PRN17 Sabah: Pas beri autonomi pada pimpinan parti tempatan
Tuan Ibrahim berkata, ia berikutan landskap politik yang berbeza berbanding di Semenanjung Malaysia.