awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nombor plat klasik: SPRM "masuk" jika wujud elemen salah guna kuasa, rasuah

Bernama
Bernama
12/09/2023
08:37 MYT
Nombor plat klasik: SPRM "masuk" jika wujud elemen salah guna kuasa, rasuah
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata suruhanjaya itu akan meneliti perkembangan dakwaan salah laku itu melalui siasatan yang dijalankan petugas khas yang ditubuhkan Kementerian Pengangkutan berhubung isu berkenaan.
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan "masuk" untuk melakukan siasatan berkaitan isu pendaftaran nombor plat klasik kenderaan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sekiranya wujud elemen salah guna kuasa dan rasuah.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata suruhanjaya itu akan meneliti perkembangan dakwaan salah laku itu melalui siasatan yang dijalankan petugas khas yang ditubuhkan Kementerian Pengangkutan berhubung isu berkenaan.
"Setakat ini kita serahkan siasatan kepada pasukan petugas khas yang diwujudkan berhubung dakwaan itu. Kita akan tengok sama ada elemen salah guna kuasa atau rasuah wujud barulah kita masuk," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini hari ini.
Pada 8 Sept lepas, Menteri Pengangkutan Anthony Loke mengumumkan penubuhan pasukan petugas khas yang dianggotai Unit Integriti Kementerian Pengangkutan bagi menyiasat dakwaan salah laku di JPJ berkaitan pendaftaran nombor plat klasik kenderaan.
Ia rentetan pendedahan dokumen dikenali sebagai "JPJandora Papers" melalui saluran Telegram Edisi Siasat yang mendakwa wujud skandal di jabatan itu apabila nombor plat klasik dihidupkan semula dan dijual dengan harga ratusan ribu ringgit, dengan kegiatan itu dikatakan didalangi pegawai JPJ sendiri.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#nombor plat klasik
#SPRM
#salah guna kuasa
#Rasuah
#Azam Baki
#JPJ
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan