awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Noraini Ahmad, wanita pertama terajui PAC

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
11/04/2019
09:04 MYT
Noraini Ahmad, wanita pertama terajui PAC
Ronald Kiandee dan Noraini Ahmad pada majlis serah tugas di Parlimen hari ini. Astro AWANI
Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Noraini Ahmad dipilih sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang baharu selepas Dewan Rakyat bersetuju terhadap usul yang dikemukakan Kerajaan.
Ia sekali gus menjadikan beliau sebagai wanita pertama menerajui jawatankuasa Parlimen tersebut.
“Amanah dan tanggungjawab sebagai Pengerusi PAC wanita pertama. Ia bukan tugas yang mudah, tetapi seperti apa yang saya kata, kerjasama dalam kalangan anggota PAC amat penting.
“Saya meminta sokongan semua dan saya rasakan kami di dalam PAC telah bekerjasama dengan amat baik sejak saya sertai pada Disember lalu," katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.
BACA: Noraini Ahmad ganti Ronald Kiandee Pengerusi PAC
Katanya, sebagai anggota PAC, wakil rakyat dari parti berlainan harus melupakan perbezaan kecenderungan politik masing-masing.
BACA: Nurul Izzah kembali anggotai PAC?
“Kita tinggalkan parti di luar. Apabila kita bersama, kita menilai kes-kes yang berada di depan kita. Kerana, dalam PAC adalah berkenaan dengan persetujuan bersama,” tambahnya.
Sebelum itu, berlangsungnya majlis serah terima tugas daripada Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Ronald Kiandee bekas Pengerusi PAC, kepada Noraini.
BACA: Pembangkang tidak lagi boikot PAC
Mengulas berkenaan siasatan yang dilakukan PAC ketika ini, Noraini berkata beliau akan mula mempengerusikan mesyuarat pada 23 April ini.
“Kita akan teruskan dengan prosiding transaksi tanah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
"Dan pada kali ini, Peguam Negara Tommy Thomas dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Mohd Shukri Abdull akan datang pada 23 haribulan,” katanya.
BACA: Khalid Samad dedah penyelewangan tanah kerajaan babitkan Ku Nan
Pada 4 April lalu, Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad telah dipanggil oleh PAC untuk memberi keterangan berhubung siasatan transaksi tanah tersebut.
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara
#noraini ahmad
#PAC
#Parlimen
#pengerusi
#Ronald Kiandee
#serah terima tugas
#wakil rakyat
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan