awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Norhaeda kongsi rezeki dengan 48 ekor kucing jalanan

Sinar Harian
Sinar Harian
27/03/2023
02:00 MYT
Norhaeda kongsi rezeki dengan 48 ekor kucing jalanan
Sikap mudah kasihan terhadap kucing membuatkan Norhaeda terus membawa pulang haiwan berkenaan yang dijumpai di jalanan untuk dijaga. - Foto Sinar Harian
KOTA BHARU: Kenaikan kos sara hidup tidak menghalang seorang wanita memelihara 48 ekor kucing jalanan sebagai tanda kongsi kasih dengan 'si bulus'.
Meskipun perlu mengeluarkan belanja sekitar RM1,000 sebulan untuk membeli makanan kucing, Norhaeda Azahari, 48, tetap gigih melaksanakan tugas tersebut.
Norhaeda berkata, sikap mudah kasihan terhadap haiwan itu membuatkan dia akan membawa pulang haiwan berkenaan yang dijumpai di jalanan untuk dijaga.
“Setiap kucing terbiar di rumah ini ada cerita tersendiri. Ada yang kudung kaki, buta mata, berpenyakit kronik dan sebagainya.
“Semua yang saya jumpa di jalanan pada awalnya berwajah buruk, kesihatan terjejas tetapi selepas dirawat, semua berubah sehingga ramai yang berminat untuk dijadikan haiwan peliharaan,” katanya.
Ujar pengusaha dobi itu, dia menganggap haiwan itu seperti ahli keluarga sendiri dengan memberikan nama panggilan yang unik sebagai tanda kasih.
“Antara nama yang diberikan seperti Enek, Nidung, King, Elo, Yang, Leng, Fifi dan bermacam-macam lagi,” katanya kepada Sinar Harian.
Tambahnya, gelagat si comel yang menghiburkan dan mencuit hati, membuatkan jiwa berasa tenang sehingga dia sukar berenggang dengan haiwan tersebut.
“Ramai yang bertanya pada saya, apa kelebihan memelihara kucing terbiar dengan kos makanan, perubatan dan sebagainya.
“Jawapan saya mudah, setiap kucing yang hadir dalam hidup membawa rezeki bersama,” katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kucing jalanan
#Norhaeda Azahari
#haiwan peliharaan
#ahli keluarga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan