awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua masyarakat, ketua kaum perlu laksana tanggungjawab dengan amanah - Tiong
Ahli akademik Switzerland minta penamatan perjanjian penyelidikan dengan Israel
Rumah Mesra Rakyat lambang simbol kestabilan hidup, masa depan lebih terjamin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Notis kompaun pelanggaran SOP PKP kini RM10,000 - Ketua Polis Negara

Bernama
Bernama
11/03/2021
08:46 MYT
Notis kompaun pelanggaran SOP PKP kini RM10,000 - Ketua Polis Negara
Keputusan menaikkan nilai kompaun itu bagaimanapun bukan untuk menghukum orang ramai, sebaliknya, untuk sedarkan orang ramai bahawa virus ini masih berada di mana-mana sekiranya kita lupa, kata Tan Sri Abdul Hamid Bador.
KUALA LUMPUR: Nilai kompaun bagi kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kini dinaikkan daripada RM1,000 kepada RM10,000 mulai hari ini, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.
Beliau berkata, langkah itu berikutan Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021 yang diwartakan mulai 12.01 tengah malam tadi.
Beliau berkata, keputusan menaikkan nilai kompaun itu bagaimanapun bukan untuk menghukum orang ramai secara berlebih-lebihan atau membolehkan kerajaan mengutip wang daripada orang ramai.
"Tetapi ia semata-mata untuk sedarkan orang ramai bahawa virus ini masih berada di mana-mana sekiranya kita lupa.
"Jika PKP dikenakan sejak sebulan lepas tak dipatuhi maka pada bila-bila masa keadaan boleh berubah kepada keadaan jauh lebih buruk (jumlah kes positif) daripada sebelum ini," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.
Topic Berkaitan
#nilai kompaun
#SOP
#perintah kawalan pergerakan
#Ketua Polis Negara
#Abdul Hamid Bador
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan