awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NRECC perkukuh kerjasama dengan kerajaan negeri - Nik Nazmi

Bernama
Bernama
11/05/2023
16:30 MYT
NRECC perkukuh kerjasama dengan kerajaan negeri - Nik Nazmi
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad menyampaikan ucapan pada Perasmian Karnival Alam Kita di Perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV. - Foto BERNAMA
KOTA BHARU: Komitmen kerajaan pusat dengan kerajaan negeri akan terus dipertingkatkan melalui beberapa inisiatif untuk kebajikan rakyat, kata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad.
Beliau berkata antara inisiatif itu ialah Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) melaksanakan projek berkaitan tebatan banjir termasuk saliran mesra alam bagi mengurangkan risiko banjir di Kelantan dan Terengganu.
"Sebahagian daripada projek dijalankan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di bawah pelaksanaan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) juga sedang dijalankan, sekali gus meningkatkan bilangan penduduk yang dilindungi daripada kesan banjir sebelum ini.
Di Kelantan sahaja terdapat dua projek utama RTB dalam pelaksanaan iaitu Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) dengan kos RM456 juta," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Karnival Alam Kita di Pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV, di sini malam ini.
Nik Nazmi berkata selari dengan jaminan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu mempercepatkan projek tebatan banjir, agensi berkaitan diminta menyegerakan laporan berhubung PLSB untuk tindakan selanjutnya.
"Kerajaan sentiasa bersedia dan menambah baik kelemahan dikenal pasti bagi memastikan impak besar akibat musibah banjir tidak berulang.
Kementerian juga sedang melaksanakan beberapa tindakan lain, antaranya kerja penyelenggaraan saliran melalui pendekatan Pengurusan Banjir Secara Bersepadu termasuk membangunkan struktur berkonsepkan 'make room for water'," katanya.
Beliau berkata pihaknya turut menaik taraf sistem pengurusan banjir, pantai dan sungai utama serta meningkatkan tahap perlindungan reka bentuk infrastruktur saliran dan pantai.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#NRECC
#Nik Nazmi Nik Ahmad
#kerjasama kerajaan negeri
#risiko banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan