awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NRECC sasar bina 10,000km Denai Sungai Kebangsaan menjelang 2030

Bernama
Bernama
20/02/2023
02:00 MYT
NRECC sasar bina 10,000km Denai Sungai Kebangsaan menjelang 2030
Nik Nazmi pada Ahad mengadakan lawatan kerja projek denai sungai kebangsaan di Kampung Pulau Tengah Jadi, Kampung Eco Pelancongan di Kelantan. - Foto Facebook Nik Nazmi
KOTA BHARU: Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) menyasarkan pembinaan Denai Sungai Kebangsaan (DSK) sepanjang 10,000 kilometer (km) menjelang 2030.
Menterinya Nik Nazmi Nik Ahmad berkata bagi tahun ini pihaknya menyasarkan pembinaan 1,000km DSK.
Beliau berkata pembinaan DSK di bawah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) merupakan strategi tindakan pencegahan pencemaran melalui pendekatan kawalan punca penyelesaian berasaskan alam semula jadi.
"Dengan adanya denai di tepi sungai, ia akan menggalakkan aktiviti seperti berkelah, memancing dan berbasikal dalam kalangan komuniti setempat.
"Kehadiran orang ramai di kawasan tersebut juga dapat menghalang pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab menjadikan sungai sebagai tempat pembuangan sisa," katanya selepas melawat Denai Sungai Pengkalan Datu, Kubang Kerian, di sini, semalam.
Nik Nazmi berkata DSK juga berpotensi untuk menyumbang kepada ekopelancongan setempat seperti kewujudan Pasar Terapung Pengkalan Datu yang menarik ramai pengunjung dari dalam dan luar negara.
"Bagi memastikan sasaran ini dapat dicapai, NRECC dengan kerjasama kerajaan-kerajaan negeri akan mengenal pasti kawasan rizab sungai untuk dibangunkan sebagai kawasan rekreasi melalui pembinaan denai dan aktiviti pengindahan sungai," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jabatan Pengairan dan Saliran
#Denai Sungai Kebangsaan
#Nik Nazmi Nik Ahmad
#pencemaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan